Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

90) PENINGKATAN HARGA RUMAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berlaku peningkatan harga rumah agak melampau di Bandar-bandar dan taman-taman perumahan. Sebuah rumah teres kalau dulu dalam lingkungan RM100,000 kini meningkat melebihi RM200.000 hingga dirasakan generasi anak-anak kita tidak lagi mampu membeli rumah kediaman, apa lagi bangunan komersil. Bagaimanakah kaedah penetapan harga rumah PKNS?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 22 Oktober 2009
    telah menolak soalan ini

  2. Tidak adakah polisi Kerajaan Negeri tentang pengawalan harga rumah?

    Dalam mengawal harga rumah supaya setiap golongan rakyat berpeluang memiliki
    rumah kediaman berdasarkan pendapatan mereka, Kerajaan Negeri telah mengekalkan
    dasar di mana setiap pembangunan yang dijalankan di Negeri Selangor yang melebihi
    keluasan 10 ekar, pemaju diwajibkan menyediakan rumah mampu milik yang mana jenis
    dan harga jualannya adalah seperti berikut:
    Tujuan pengenalan dasar ini adalah untuk memastikan keperluan golongan
    berpendapatan rendah dan sederhana dalam pemilikan rumah tidak diabaikan oleh
    pihak pemaju sebagai tanggungjawab sosial di samping penyediaan rumah harga tinggi.
    Penetapan komposisi penyediaan rumah dan penentuan harga akan ditentukan oleh
    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semasa peringkat kelulusan pemberimilikan
    dan pembangunan tanah yang meliputi tukar syarat dan pecah sempadan. Semua
    syarat yang ditetapkan oleh MMKN ini perlu dipatuhi oleh pemaju termasuklah dalam
    penentuan harga. Sebarang pelanggaran syarat yang dibuat oleh MMKN akan
    mengakibatkan proses kelulusan pindah milik daripada pemaju kepada pembeli pertama
    akan terhalang.

  3. Bagaimanakah polisi Kerajaan Negeri terhadap harga rumah swasta di Negeri Selangor?

    Dasar Pembangunan Tanah yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam
    mengawal harga rumah yang dibangunkan oleh pihak swasta adalah sama seperti yang
    dinyatakan di atas.
    Di samping penetapan jenis kediaman, Kerajaan juga telah menetapkan harga rumahrumah mampu milik ini dijual pada harga kawalan yang mana pecahannya seperti
    berikut:
    Bil. Kawasan Jenis Bangunan Harga (RM) Potongan
    Harga
    Bumiputera
    20% rumah kos rendah 42,000.00 –
    20% rumah kos
    sederhana rendah
    72,000.00 7%
    10% rumah kos
    sederhana
    100,000.00 7%
    1. Dalam kawasan
    Majlis
    Perbandaran
    (Lembah Klang)
    Lain-lain jenis bangunan
    kediaman
    Bebas 7%
    20% rumah kos rendah 35,000.00 –
    20% rumah kos
    sederhana rendah
    60,000.00 7%
    10% rumah kos
    sederhana
    85,000.00 7%
    2. Dalam kawasan
    Majlis Daerah
    Lain-lain jenis bangunan
    kediaman
    Bebas 7%
    20% rumah kos rendah 30,000.00 –
    10% rumah kos
    sederhana rendah
    50,000.00 7%
    10% rumah kos
    sederhana
    70,000.00 7%
    3. Luar kawasan
    Majlis Daerah /
    Majlis
    Perbandaran
    Lain-lain jenis bangunan
    kediaman
    Bebas 7%
    Bagi pembangunan yang kurang 10 ekar (2 – 10 ekar) pula, syarat penyediaan 30%
    rumah kos sederhana akan dikenakan ke atas pemaju yang mana harga jualan yang
    ditetapkan adalah RM100,000 seunit dengan potongan 7% kepada pembeli bumiputera.
    Walaupun bagi kategori lain-lain jenis bangunan kediaman pemaju bebas untuk
    menetapkan harga jualannya, namun kelulusan daripada Kerajaan Negeri melalui Majlis
    Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) masih diperlukan dalam penentuan harga dan
    sebarang pindaan harga jualan yang hendak dibuat juga perlu dibawa ke pertimbangkan
    MMKN sebelum ia diluluskan. Penetapan harga rumah seperti yang dinyatakan di atas
    merangkumi semua pembangunan sama ada dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan
    Negeri mahupun dimajukan oleh pihak swasta.

Lampiran

Tiada Lampiran.