Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

86) METER AIR INDIVIDU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pada pertengahan tahun ini, Kerajaan Negeri telah menggubal polisi yang mewajibkan meter air pukal di semua rumah pangsa kos rendah ditukarkan ke meter air individu. Berapakah meter air pukal yang sudah pun ditukarkan ke meter air individu?

    Bagi Negeri Selangor, sehingga 15 Oktober 2009, terdapat hanya 98
    permohonan yang telah diaktifkan bacaan meter individu dan ia melibatkan
    sebanyak 20,312 akaun. Manakala bagi keseluruhan Negeri Selangor dan
    Wilayah Persekutuan jumlah permohonan adalah sebanyak 842 permohonan
    dengan jumlah akaun sebanyak 166,543 akaun.

  2. Jika belum dilaksanakan, apakah sebabnya?

    Pemegang akaun meter pukal bagi kondominium/ pangsapuri/rumah pangsa
    adalah di atas nama pengurusan bangunan (MC). Dari segi perundangan, pihak
    MC sendiri boleh mengemukakan permohonan kepada SYABAS untuk migrasi
    dari akaun meter pukal ke akaun meter individu. Dalam pada hal ini, SYABAS
    tidak boleh memaksa MC berbuat demikian.
    MC dikehendaki menutup akaun meter pukal yang sedia ada dan membuka satu
    lagi akaun meter pukal yang baru dengan bayaran deposit serta
    menandatangani persetujuan terma-terma dan syarat-syarat yang berkaitan.
    Setiap akaun meter individu juga perlu membuat bayaran deposit berasingan
    serta menandatangani persetujuan terma-terma dan syarat-syarat yang
    berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.