Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
84) HOSPITAL SHAH ALAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah tarikh sebenar kerja-kerja pembinaan hospital tersebut dimulakan dan tarikh dijangkakan siap sepenuhnya?
Tarikh sebenar bagi kerja-kerja pembinaan hospital tersebut bermula dari tarikh milik
tapak iaitu pada 8 Februari 2007 dan tarikh ia dijangka akan siap sepenuhnya adalah
pada 25 Jun 2011. -
Sila nyatakan berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan hospital tersebut?
Jumlah keseluruhan kos bagi pembinaan hospital tersebut adalah sebanyak RM
491,600,000.00 -
Apakah dengan pembinaan hospital tersebut dapat menampung permintaan seluruh warga Bandaraya Shah Alam?
Berdasarkan analisa situasi serta unjuran keperluan perkhidmatan untuk 10 tahun dari
RMK 8, pihak Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa hospital ini dengan 300
buah katil serta pelbagai disiplin rawatan sekunder, mampu menampung keperluan
permintaan seluruh warga Bandaraya Shah Alam.
Pembangunan ini adalah dengan mengambil kira kewujudan 3 buah hospital kerajaan
utama yang berdekatan iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Tengku
Ampuan Rahimah Klang serta Hospital Sungai Buloh yang menyediakan 2,387 katil
pesakit dalam dengan pelbagai rawatan sekunder dan tertiary.
Selain itu, pada masa ini terdapat tujuh buah hospital swasta dengan 348 buah jumlah
katil; 161 buah klinik perubatan swasta dan 40 buah klinik pergigian swasta di
Bandaraya Shah Alam.