Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
82) BANTUAN ZAKAT KEPADA RAKYAT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Zakat telah mengeluarkan bantuan kepada fakir miskin menjelang Ramadan dan Hari Raya 1430/2009. Berapakah jumlah Zakat Fitrah yang diterima Lembaga Zakat bagi tahun 1430/2009?
Jumlah Zakat Fitrah adalah sebanyak RM14 Juta
-
Berapa jumlah fakir miskin dan peruntukan yang dikeluarkan pada tahun 1430/2009?
Jumlah fakir dan miskin 21, 621 keluarga, agihan untuk bantuan Ramadan dan Aidilfitri
pada tahun ini adalah sebanyak RM15.9 juta -
Selain dari peruntukan kepada fakir miskin, kepada pihak mana lagikah digunakan hasil pungutan zakat fitrah tersebut?
Pengamalan di negeri Selangor seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri
Selangor, kutipan zakat fitrah dan zakat harta adalah di jumlah sekali untuk diagihkan
kepada 8 asnaf yang wajib.