Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
72) PROGRAM BELIA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program yang telah dijalankan pada tahun ini oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri begitu komited dalam usaha membangunkan belia di negeri Selangor
melalui program-program yang dianjurkan. Antara program yang telah dilaksanakan
sepanjang tahun ini ialah:
1) Karnival Sukan Belia dan Beliawanis Kapar
2) Program Pembangunan Belia (anjuran bersama Yayasan Selangor)
3) Konvensyen Agenda Pembangunan Belia
4) Karnival Street Soccer
5) Program Belia Tani (penternakan Ikan Air Tawar)
6) Program Klinik Frisbee
7) Program Menjana Ekonomi Kelab Belia
8) Program Jalinan Semarak Budi
9) Kursus Video Shooting “Ampang Speaks Through Video”
10) Persidangan Meja Bulat Siri I dan II
11) Sesi Percambahan Idea Pembangunan Belia
12) Program Tautan Bakti
13) Retreat Garis Panduan Penggerak Belia Tempatan
14) Karnival Sukan Jalanan dan Bazar Belia SUKSES
15) Majlis Pelantikan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan peringkat Zon
16) Festival of Youth 2009
17) Kursus Kepimpinan Penggerak Belia Tempatan Siri I, II dan III
18) Youth In Community di Sijangkang, Ampang dan Sabak Bernam
19) Kejohanan Jelajah Futsal Gen-S 2009 di seluruh PBT serta peringkat Negeri. -
Berapakah perbelanjaan yang telah di biayai oleh Kerajaan Negeri?
Sehingga 31 Oktober 2009, sebanyak RM 3,082,000.00 atau 88% daripada RM 3.5 juta
yang diperuntukkan telah dibelanjakan bagi program pembangunan belia. Sejumlah
besar RM 2,030,000.00 daripada jumlah tersebut telah dibelanjakan bagi perlaksanaan
program Penggerak Belia Tempatan di seluruh Selangor bermula Ogos yang lalu.
Lebihan peruntukan yang tinggal a -
Bagaimanakah sambutan belia-belia antara kaum?
Kerajaan Negeri tidak mengehadkan sesuatu program hanya untuk satu kaum sahaja
dan Kerajaan Negeri bersyukur kerana sentiasa menerima penglibatan pelbagai kaum
bagi setiap kali program yang diadakan.
Sebagai contoh, Program Berbuka Puasa dan Belia Dalam Masyarakat Bersama YAB
Dato’ Menteri Besar Selangor yang diadakan di Masjid Saidiah, Pasir Panjang pada
bulan Ramadhan yang lalu. Untuk pengetahuan Ahli Dewan, pengisian bagi program ini
adalah gotong royong memasak bubur lambuk, membersihkan kawasan dan mengecat
pagar masjid. Apa yang mengharukan ialah belia-belia kaum lain selain daripada Islam
telah sama turun menyumbang tenaga dengan melakukan aktiviti gotong-royong yang
dinyatakan tadi bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya.
Antara contoh yang lain lagi ialah Konvensyen Agenda Pembangunan Belia Negeri
Selangor yang telah diadakan di Hotel Hilton pada bulan Jun yang lepas. Penerimaan
program ini daripada pelbagai kaum adalah sangat menggalakkan yang mana peratusan
kedatangan seperti berikut :
1) Kaum Melayu sebanyak 49 peratus;
2) Kaum India sebanyak 37 peratus; dan
3) Kaum Cina sebanyak 14 peratus.