Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

69) GERAN MARRIS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan bagaimana geran MARRIS diberikan kepada setiap PBT dan rasional,formula ataupun garis panduan yang diguna pakai untuk pemberian geran tersebut. Berikan butir-butir

    Geran MARRIS adalah pemberian tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan
    Negeri yang akan digunakan untuk menyelenggara jalan-jalan negeri di bawah
    penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR), jalan-jalan Majlis Bandaraya
    /Perbandaran/Daerah di bawah penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
    jalan-jalan kampung.
    Pada tahun 2009 sebanyak RM96 juta di peruntukan bagi tujuan menaik taraf jalan dan
    jambatan di bawah Belanja Pembangunan JKR dan sejumlah RM25 juta di peruntukan
    untuk menyelenggara jalan raya di bawah belanja mengurus JKR. Pembahagian geran
    MARRIS kepada PBT pula, adalah berdasarkan kepada panjang jalan dan parit yang di
    selenggara dan kos penyelenggaraan yang ditanggung oleh PBT yang berkaitan.
    Sejumlah RM76 juta telah di peruntukan oleh Kerajaan Negeri kepada PBT pada tahun
    2009. Pembahagian geran terdiri daripada dua (2) perkara iaitu kos penyelenggaraan
    jalan dan kos penyelenggaraan parit Monsoon. JADUAL 1 menunjukkan lapan (8) PBT
    menerima peruntukan sebanyak RM 7juta iaitu MBSA, MBPJ, MPSJ, MPAJ, MPKj,
    MPK, MPS dan MPSp. Selebihnya menerima peruntukan sebanyak RM5 juta iaitu
    MDKS, MDKL, MDHS dan MDSB.

Lampiran

Tiada Lampiran.