Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
53) BANGUNAN MASJID DAN SURAU
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan masjid dan surau di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah?
Senarai jumlah bilangan masjid dan surau mengikut pecahan daerah adalah seperti
berikut:-
Bil. Daerah Masjid
Surau Diberi Kebenaran
Solat Jumaat Surau
01 KUALA
SELANGOR
52 4 203
02 SABAK
BERNAM
47 1 220
03 HULU
SELANGOR
23 6 131
04 GOMBAK 40 15 209
05 PETALING 71
(Termasuk Masjid
Negeri)
40 365
06 KLANG 41 12 236
07 KUALA
LANGAT
33 5 128
08 SEPANG 23 13 66
09 HULU
LANGAT
45 35 390
JUMLAH 375 131 1957 -
Sila nyatakan berapakah peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membaik pulih masjid dan surau yang didapati dalam keadaan uzur khususnya di daerah Sabak Bernam?
Peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membaik pulih masjid
seluruh Negeri Selangor adalah berjumlah RM3 juta.
Sebanyak RM 308,000.00 di peruntukkan bagi membaik pulih masjid di daerah Sabak
Bernam. -
Apakah usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menjadikan Masjid dan surau bukan saja tempat bersembahyang malah juga berperanan sebagai tempat mengeratkan hubungan masyarakat setempat?
Perancangan telah dilaksanakan oleh JAIS untuk menjadikan masjid sebagai wahana
transformasi ummah dengan melaksanakan KPI Pengurusan Masjid. Penanda aras
tersebut akan dilaksanakan di seluruh masjid bagi memastikan aktiviti umat Islam akan
ditumpukan masjid. Masjid, selain untuk sembahyang akan dipastikan mempunyai tahap
kebersihan dan keceriaan yang memuaskan serta mempertingkatkan pengurusan
pentadbiran dan kewangan di samping melibatkan aktiviti semua golongan termasuk
belia.