Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
44) ADUN DAN PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerjasama antara ADUN dan Pejabat Daerah yang mantap akan meningkatkan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat: Apakah garis panduan kerja yang telah disediakan oleh kerajaan bagi Pejabat Daerah dalam konteks kerjasama dengan ADUN?
Pejabat Daerah diminta melibatkan ADUN di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan
Daerah setiap bulan bagi membincangkan isu-isu setempat. Pandangan ADUN sebagai
wakil rakyat harus diambil kira. -
Apakah garis panduan yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi membolehkan ADUN memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di DUN menepati bajet yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri?
Setakat ini tiada garis panduan khusus bagi membolehkan ADUN memantau projekprojek pembangunan. Pemantauan dibuat oleh Pejabat Audit berdasarkan garis
panduan kewangan Kerajaan Negeri. -
Adakah panduan dari kerajaan kepada Pejabat Daerah bagi memberi ruang agar beberapa projek bagi manfaat rakyat didahulukan berdasarkan daripada syor dan cadangan daripada ADUN?
ADUN boleh memberi pandangan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah
dan juga Dialog Bajet.