Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
30) AJARAN SESAT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Huraikan apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyekat fahaman yang bertentangan dengan kehendak agama?
Kumpulan atau ajaran yang disyaki menyeleweng dari ajaran Islam yang
sebenar akan difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan
diwartakan. Sesuatu ajaran sesat yang telah di fatwa dan diwartakan
tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi membendung dan membanteras
ajaran berkenaan dari terus berkembang.
2) Selain peruntukan undang-undang sedia ada, kaedah alternatif secara
psikologi dalam usaha membanteras penyelewengan serta ancaman akidah
dilakukan melalui pendekatan berikut :
i) Memberi pendidikan ( tarbiyah ) serta pembanterasan melalui
kempen, penjelasan dan pemahaman kepada masyarakat mengikut
fungsi dan bidang kuasa yang sedia ada.
ii) Mewar-warkan penemuan sesuatu fakta/ maklumat mengenai
kumpulan tertentu secara umum di dalam media supaya mereka
merasa bahawa pergerakan mereka diketahui atau diawasi oleh pihak
berkuasa.
iii) Meningkatkan kekerapan pemantauan (rondaan) di kawasankawasan yang telah dikenal pasti atau disyaki menjadi markas/
tumpuan kumpulan tertentu, bagi mencapai tujuan gerak saraf dan
perang saraf.
iv) Bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tanah/
premis markas kumpulan-kumpulan berkenaan boleh diambil tindakan
di bawah Akta Kanun Tanah Negara.
v) Memantapkan jaringan (networking) dengan pihak media bagi
memudahkan menyalurkan maklumat kepada umum tentang sesuatu
isu/ kumpulan tertentu.
3) Majlis penjelasan atau penerangan juga sentiasa di semarak dan di
perhebatkan yang meliputi pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat serta
memberi tumpuan kepada semua daerah dan golongan sasaran termasuk
memperbanyakkan penerbitan bahan yang berkaitan ajaran sesat sebagai
panduan masyarakat Islam.
4) Bagi memberi panduan kepada umat Islam khususnya kepada mereka yang
terlibat dengan amalan tarikat satu garis panduan Amalan Tarikat telah
disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor, manakala draf enakmen
berkaitan Tarikat Tasawuf sedang disediakan bagi mengawal pengamalpengamal tarikat di negeri ini.
5) Selain itu, Negeri Selangor telah menubuhkan Pusat Pemurnian Akidah
Baitul Iman di Ulu Yam Baharu, Hulu Selangor dalam usaha untuk membantu
dan mendidik golongan yang pernah terjebak dalam gejala ajaran sesat bagi
memberi kefahaman yang sebenar tentang agama Islam dan membimbing
kembali mereka kepada ajaran Islam sebenar. -
Jelaskan secara terperinci semua jenis fahaman sesat di negeri ini dan bidang kuasa jabatan agama
1) Ajaran salah atau sesat ditakrifkan sebagai sebarang ajaran atau amalan
yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran atau
amalan yang dibawa itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran
Islam sedangkan pada hakikatnya ajaran atau amalan yang dibawa itu
bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan
As- Sunnah serta bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.
2) Di negeri Selangor terdapat 25 ajaran, amalan dan fahaman yang telah di
fatwa dan diwartakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Daripada
jumlah tersebut 8 ajaran masih aktif manakala 17 ajaran daripadanya tidak
lagi aktif.
3) Lapan ( 8 ) ajaran sesat yang masih aktif adalah seperti berikut :
i) Ajaran Kahar B. Ahmad.
ii) Ajaran Islam Jemaah.
iii) Fahaman Syiah.
iv) Ajaran Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol.
v) Ajaran Ilmu Hakikat,Hassan Jonet.
vi) Rufaqa’/Global Ikhwan.
vii) Aurad Ismailiah Ajaran Mahmud Bin Hj. Abd Rahman.
viii) Ajaran Ahmadiah Qadiani.
Manakala tujuh belas ( 17 ) ajaran yang tidak aktif adalah seperti
berikut:
i) Ajaran Mohamed Nordin bin Puteh.
ii) Ajaran Azhar Bin Wahab.
iii) Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana.
iv) Ajaran Tijah @ Kahtijah Bt. Ali.
v) Golongan Anti Hadis.
vi) Ajaran Haji Ghazali Bin Othman.
vii) Ajaran Ilmu Hakikat (Jahar Bin Dumin).
viii) Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
ix) Ajaran Zamree Bin Ab. Wahab (Ketupat Linux).
x) Ajaran Hj. Banuar Bin Roslan.
xi) Ajaran Martabat Tujuh (Hamzah Bin Embi).
xii) Ajaran Syed Mohd Al Masyor (Tarikatul Islam Muhamad Saw
Habibullah Al Hashimi).
xiii) Tarikat Mafarridah (Syeikh Makmun).
xiv) Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau Ayah Pin
xv) Ajaran Al-Mansor.
xvi) Tarikat Al- Hasaniah
xvii) Al-Arqam
4) Secara umum ajaran, amalan dan fahaman yang telah di fatwa dan
diwartakan di atas adalah menyeleweng dari sudut akidah, syariah dan
akhlak Islam yang dapat dinyatakan seperti berikut :
Penyelewengan dari sudut akidah
i) Menyentuh kepercayaan kepada Allah iaitu manusia dapat bercantum
dengan zat Allah sehingga dapat melihat dan menggambarkan sifat Allah
di hadapan mata.
ii) Mengaku diri sebagai Imam Mahadi.
iii) Mengaku diri sebagai Nabi Isa.
iv) Mengaku diri sebagai Rasul setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
v) Mengaku menerima wahyu dari Allah.
vi) Menafikan adanya qada’ dan qadar Allah.
Penyelewengan dari sudut syariah
i) Menambah atau mengubah rukun dan syariat sembahyang sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh syariat Islam atau menyatakan sembahyang
hanya cukup dengan niat.
ii) Menafikan kewajipan berpuasa atau melajukan ibadah puasa hanya
dengan niat sahaja.
iii) Menafikan kewajipan berzakat atau zakat hanya memadai dengan
mengeluarkannya kepada ketua atau guru sahaja.
iv) Tidak perlu mengerjakan ibadah haji, cukup sekadar dengan membayar
sejumlah wang yang tertentu kepada ketua atau guru sebagai ganti.
Begitu juga dengan menyatakan boleh mengerjakan ibadah haji di tempat
selain Mekah.
v) Segala perkara yang diharamkan Allah akan gugur apabila seseorang itu
sudah sampai ke tahap atau martabat yang tinggi setelah ia menunaikan
syarat-syarat tertentu yang diarahkan oleh ketua atau guru.
Penyelewengan dari sudut akhlak
i) Menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah.
ii) Mencerca dan memfitnah para ulama.
iii) Mencabar dan mempertikaikan kewibawaan pihak berkuasa agama.
iv) Tidak mengikut disiplin ilmu-ilmu Islam.
5) Bidang kuasa Jabatan Agama Islam dalam menangani dan membanteras
fahaman dan ajaran yang menyeleweng daripada agama Islam di
negeri ini adalah tertakluk di bawah peruntukan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor ) 1995.* MAKLUMAT TAMBAHAN
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
BERKAITAN DENGAN AJARAN SESATBIL SEKSYEN PERKARA/KESALAHAN HUKUMAN/DENDA
1. 4 Pemujaan Salah Rm3,000 Atau 2 Tahun Penjara
Atau Keduanya Sekali
2. 5 Mendakwa Diri Bukan Islam
Untuk Mengelak Tindakan
Rm5,000 Atau 3 Tahun Penjara
Atau Keduanya Sekali
3. 6 Takfir Rm5,000 Atau 3 Tahun Penjara
Atau Keduanya Sekali
4. 7 Doktrin Palsu Rm5,000 Atau 3 Tahun Penjara
Atau 6 Sebatan Atau Dihukum
Dengan Mana-Mana hukuman Itu
5. 8 Dakwaan Palsu Rm3,000 Atau 2 Tahun Penjara
Atau Keduanya Sekali
6. 9 Mempersenda Quran Atau
Hadis
Rm5,000 Atau 3 Tahun Penjara
Atau Keduanya Sekali
7. 10 Menghina Atau Menyebabkan
Dipandang Hina Agama Islam
Rm5,000 Atau 3 Tahun Penjara
Atau Keduanya Sekali
8. 11 Memusnahkan Atau
Mencemarkan Tempat Ibadat
Rm5,000 Atau 3 Tahun Penjara
Atau 6 Sebatan Atau Dihukum
Dengan Mana-Mana Hukuman
Itu
9. 12 Menghina Pihak Berkuasa
DYMM
a. Majlis Mufti
Rm3,000 Atau 2 Tahun Penjara
Atau Keduanya Sekali
10. 13 Pendapat Yang Bertentangan
Dengan Fatwa
Rm3,000 Atau 2 Tahun Penjara
Dan Keduanya Sekali
11. 14 Mengajar Tanpa Tauliah Rm3,000 Atau 2 Tahun Penjara
Atau Keduanya Sekali
12. 16 Penerbitan Agama Yang
Bertentangan Dengan Hukum
Syarak
Rm5,000 Atau 3 Tahun Penjara
Atau Keduanya Sekali
13. 20 Tidak Menunaikan Solat
Jumaat
Rm1,000 Atau 6 Bulan Penjara
Atau Keduanya Sekali
14. 21 Tidak Membayar Zakat Atau
Fitrah
Rm5,000 Atau 3 Tahun Penjara
Atau Keduanya Sekal -
Apakah fungsi Jawatankuasa Masjid / Surau dalam membantu memantau aktiviti ini
Pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak mempunyai
bidang kuasa untuk menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Negeri
Selangor di kariah termasuk penjelasan ajaran sesat.