Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

29) PENTADBIRAN MUKIM DAN KAMPUNG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dalam kawasan DUN yang lebih berorientasi taman-taman perumahan di bawah PBT: Apakah peranan yang telah digariskan oleh kerajaan kepada penghulu?

    Peranan atau tanggungjawab Penghulu-penghulu Mukim adalah menyampaikan
    dasar-dasar Kerajaan yang terbaru kepada Ketua-ketua Kampung, memantau
    serta melaporkan segala kerja-kerja yang dijalankan oleh Ketua Kampung
    kepada Pejabat Daerah serta Kerajaan Negeri.

  2. Apakah kaedah kerja dan garis panduan yang telah diwujudkan bagi menyelaraskan kerja-kerja penghulu, ketua kampung dan Ahli-ahli majlis PBT?

    Tiada kaedah kerja atau garis panduan yang spesifik bagi menyelaraskan kerjakerja Penghulu, Ketua Kampung dan Ahli-ahli Majlis PBT.

  3. Apakah balai-balai di bawah JKKK yang mendapat peruntukan penghulu melalui Pejabat Daerah masih diletakkan penyelenggaraannya di bawah PBT?

    Segala penyelenggaraan balai-balai JKKK adalah di bawah tanggungjawab
    Pejabat Daerah. Namun begitu segala peruntukan adalah di bawah pantauan
    Kerajaan Negeri dan peruntukan penyelenggaraan tersebut akan disalurkan
    mengikut keperluan sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.