Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
28) PESTA SUARASA AIDILFITRI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan kos untuk Pesta Suarasa Aidilfitri yang diadakan pada Okt 17 - 18 di tempat letak kereta Stadium Shah Alam. Sila berikan butir-butir
Berikut adalah perbelanjaan bagi Program Sua Rasa Aidilfitri Negeri Selangor :
BIL PERKARA BAJET
1 Penajaan air time TV9 RM300,000.00
2 Penginapan krew TV9 RM 8,520.00
3 Mobilisasi (daerah) RM123,750.00
4 Jamuan RM 57,800.00
5 Hiasan,dan pembersihan RM 46,918.00
6 Logistik, khemah,platform dan
karpet
RM 67,646.00
7 Persembahan RM110,600.00
8 Cetakan flyers RM 5,000.00
JUMLAH RM 720,234.00
Jumlah penajaan sebanyak RM300,000.00 kepada TV9 adalah kos air time yang
ditanggung oleh Kerajaan Negeri daripada jumlah kos air time sebenar iaitu
RM765,250.00. Baki daripada jumlah tersebut ditanggung oleh TV9. Kos air time
ini melibatkan iklan promosi di TV9 dan TV3 yang menyiarkan logo rasmi Sua
Rasa bersama logo rasmi Negeri Selangor serta program-program yang
disiarkan secara langsung di TV9 seperti Warna-warni Sua Rasa. Sebanyak 891
kali iklan promosi disiarkan di TV9 daripada 14 hingga 18 Oktober 2009 dengan
nilai kos air time sebanyak RM304,000. Manakala TV3 pula menyiarkan 212 kali
iklan promosi untuk tempoh yang sama dengan nilai kos RM131,000.00. -
Apakah matlamat program ini dan berjayakah Kerajaan Negeri mencapainya? Berikan butir-butir.
Program Sua Rasa TV9 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor telah
diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2009 di Perkarangan letak kereta, Stadium
Malawati, Shah Alam dengan bertemakan Sua Rasa Aidilfitri. Program ini
memberi kesan positif hubungan antara Kerajaan Negeri dengan media serta
rakyat di samping memberi ruang dan peluang kepada Kerajaan Negeri untuk
mempromosikan serta menghebahkan dasar-dasar dan program-program
Kerajaan Negeri kepada umum.
Program ini berkonsepkan santai dan riadah bersama keluarga di samping
aktiviti ilmiah dan kerohanian, kemasyarakatan, kesihatan, kesenian,
kebudayaan, dan persembahan. Selain itu, pembukaan gerai-gerai jualan juga
diadakan dapat memberi peluang kepada usahawan IKS Selangor untuk
menjana perniagaan serta meningkatkan hasil pendapatan mereka dengan
jumlah pengunjung yang dianggarkan melebihi 300,000 orang sepanjang dua
hari program diadakan.
Program ini juga dapat dinilai melalui jumlah penonton TV9 (rating system) yang
menyaksikan beberapa aktiviti yang disiarkan secara langsung di TV9 seperti
sesi temu bual bersama Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, temu bual
bersama EXCO Kerajaan Negeri, Datuk Bandar MBSA, Naib Cancelor UNISEL,
serta aktiviti-aktiviti riadah dan pentas utama. Berikut adalah jumlah penonton
TV9 mengikut program yang telah ditetapkan :
BIL TARIKH RANCANGAN/PROGRAM MASA BIL.
PENONTON
1 16/10/ 2009 Nasi Lemak Kopi ’O’ –
Rakaman promosi Sua Rasa
bersama YB. Dato’ Dr. Hasan
bin Mohamed Ali
8 – 10 pagi 182,000.
2 17/10/2009 Warna-Warni Sua Rasa – Siaran
langsung bersama YAB. Tan Sri
Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim,
Dato’ Menteri Besar Selangor
8 – 10 pagi 228,000.
3 18/10/2009 Warna-Warni Sua Rasa –
SiaranLangsung bersama
-YB. Dato’ Dr. Hasan Mohamed Ali,
– EXCO – YB. Rodziah Ismail,
YB. Dr. Xavier Jayakumar,
YB. Dr. Halimah Ali.
– Datuk Bandar MBSA.
– Naib Cancelor Unisel.
– Usahawan IKS Selangor.
8 – 10 pagi 158,000.
4 18/10/2009 Halaqah
Tajuk : Kemaafan
Panel :
1. YB. Dato’ Dr. Hasan bin
Mohamed Ali
2. Ustaz Ruslan b. Muhamad
3. Ustaz Zawawi b. Yusof
9.30 –
10.30mlm
333,000.
Selain itu, pembukaan kaunter-kaunter daripada Kerajaan Negeri seperti
TAWAS, Mesra Usia Emas, anak masuk universiti, jom daftar pemilih undi,
Kumpulan Semesta Sdn.Bhd, Tourism Selangor Sdn. Bhd dan UNISEL juga
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. Ini merupakan
program pertama diadakan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan TV9.
Kemuncak bagi program ini adalah melalui aktiviti solat Maghrib dan Isyak
jemaah perdana dan program Halaqah yang disiarkan secara langsung di TV9
dengan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung kira-kira 10,000
orang peserta