Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

27) BELIA DAN SUKAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sukan amatlah penting kepada golongan belia khususnya membentuk sikap, disiplin, organisasi dan kesabaran. Apakah pendirian Kerajaan Negeri untuk membentuk golongan belia sebagai bakal pemimpin?

    Pembangunan belia merupakan satu agenda utama kerajaan negeri kerana
    golongan belia merupakan pelapis kepada kepimpinan negeri sekarang.
    Sehubungan itu Kerajaan Negeri giat melaksanakan program-program
    pembangunan belia di peringkat akar umbi. Kerajaan Negeri turut memastikan
    peningkatan penglibatan para belia menerusi program-program yang dianjurkan
    oleh Kerajaan Negeri. Sebagai permulaan Kerajaan Negeri telah menubuhkan
    Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di setiap zon di setiap PBT yang bertindak
    sebagai pemangkin aktiviti-aktiviti belia di peringkat akar umbi. Ini sejajar untuk
    memastikan agenda pembangunan belia akan bergerak dengan lebih aktif dan
    efisien.

  2. Berapa banyak peruntukkan yang disediakan untuk membantu persatuanpersatuan sukan di seluruh Selangor?

    Majlis Sukan Negeri Selangor dianggotai 45 ahli gabungan yang terdiri daripada
    persatuan – persatuan sukan negeri. Kesemua ahli gabungan ini diperuntukkan
    dengan dua jenis peruntukkan yang disediakan iaitu:
    1) Pembangunan Persatuan
    Peruntukan yang disediakan dalam vot ini adalah untuk :
    • Program pembangunan sukan oleh persatuan
    • Menyertai kejohanan
    • Menganjurkan kejohanan
    • Menganjurkan kursus kepegawaian dan teknikal
    2) Sukan Malaysia (SUKMA)
    Peruntukan yang disediakan dalam vot ini adalah untuk persatuan yang
    tersenarai dalam Sukan Malaysia dan peruntukan ini adalah untuk :
    • Elaun Jurulatih
    • Elaun Latihan Atlet
    • Menyertai Kejohanan
    • Peralatan pertandingan
    Bagi tujuan peruntukan kepada pembangunan persatuan, pihak Majlis
    menyediakan peruntukkan sebanyak RM 25,000.00 setahun. Setiap persatuan
    boleh melakukan tuntutan mengikut kekerapan program yang dianjurkan
    berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.
    Manakala bagi Sukan Malaysia pula, pihak Majlis telah memperuntukkan RM
    50,000.00 setiap fasa latihan yang mana terdapat 3 fasa latihan dalam tempoh 2
    tahun sebagai persediaan bagi menghadapi Sukan Malaysia. Fasa latihan
    bergantung kepada prospek pasukan yang menyerlah untuk menyumbangkan
    pingat kepada kontinjen. Peruntukkan ini diberikan berdasarkan laporan dan
    pemantauan latihan yang dijalankan secara langsung oleh pihak Majlis Sukan
    Negeri Selangor.

  3. Apakah program sukan yang disediakan untuk golongan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun di seluruh Selangor?

    Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran
    Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor dan Majlis
    Sukan Negeri untuk program pembangunan sukan di Selangor khasnya bagi
    golongan di bawah umur 12 tahun. Dengan kerjasama pihak Majlis Sukan
    Negara, beberapa program telah dilaksanakan untuk golongan tersebut
    termasuklah program Kem Bakat, Program “Talent id” dan program pelapis untuk
    sukan di bawah peringkat umur untuk sukan gimnastik dan gimrama. Programprogram ini dijalankan secara berterusan di negeri ini bertujuan untuk
    mencungkil bakat dan mencari golongan pelapis untuk masa hadapan.
    Manakala, menerusi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor, program
    pembangunan sukar bagi di bawah umur 12 tahun dijalankan sepenuhnya oleh
    Pihak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor secara berterusan sepanjang
    tahun. Tiga (3) peringkat pertandingan dipertandingkan iaitu sekolah, daerah
    dan negeri dengan 16 jenis sukan yang bertujuan untuk mencungkil bakat muda

Lampiran

Tiada Lampiran.