Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

24) PROMOSI KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah bentuk promosi kebudayaan dan program-program yang dilakukan oleh Majlis Kebudayaan Negeri sepanjang tahun untuk menarik lebih ramai pelancong asing datang melawat Negeri Selangor?

    Majlis Kebudayaan Negeri Selangor disenaraikan sebagai Badan Berkanun
    Kerajaan Negeri Selangor dan mendapat Geran Tahunan bagi tujuan
    pentadbiran dan urusan sehariannya mengkoordinasikan Majlis-majlis
    Kebudayaan Daerah (9) dan ahli yang sama tujuan dengannya (terdiri daripada :
    MTS, KEMUDI, PPS, ASFONS, PERGAS, PELAYANG, PSMCS, PESAKA,
    UiTM, UPM dan UKM).
    Walaupun peruntukan yang diperoleh amat terbatas namun promosi dan
    program-program yang dianjurkan sama ada secara bersendirian dan juga
    kerjasama ahli-ahlinya yang lain termasuk telah berjaya mempromosikan
    kebudayaan secara kerjasama bagi menjayakan aktiviti jemputan khas
    (undangan), program homestay, program merakyatkan seni (PMS), acara-acara
    rasmi sambutan perayaan tahunan dan persembahan di luar Negara khususnya
    bagi menarik pelancong asing datang ke Selangor melalui bentuk-bentuk
    PERSEMBAHAN, PERTANDINGAN DAN DEMONSTRASI seperti berikut:
    Majlis Kebudayaan Daerah-daerah – persembahan seni tari (Melayu, Cina dan
    India), seni muzik (kompang, keroncong, kuda kepang, gendang Cina, Gendang
    India, dabus & cempoling) seni kraf, demonstrasi permainan rakyat/ tradisi
    (gasing, layang-layang, silat, silambam, tai-chi) deklamasi puisi, penyelidikan
    seni budaya, penerbitan. MTS – persembahan teater (Menanti Perang Berakhir &
    Merdeka Terakhir). KEMUDI –penerbitan buku antologi puisi. ASFONS –
    pameran foto sejarah, bengkel fotografi dan animasi. PPS – penulisan &
    penerbitan buku (novel & penyelidikan). PERGAS – demonstrasi membuat dan
    pertandingan gasing. PELAYANG – demonstrasi membuat dan pertandingan
    wau/ layang-layang. PSMCS – menganjurkan lawatan sambil belajar dan
    menerbitkan buku sejarah serta jurnal MELAWATI. PESAKA – demonstrasi dan
    pertandingan Silat Seni dan Silat Olahraga. UiTM, UKM dan UPM – aktiviti
    berjadual sepanjang tahun.

  2. Sila nyatakan apakah jenis dan nama tarian kebudayaan kebangsaan yang sering ditunjukkan dalam acara rasmi di Negeri Selangor?

    Tarian Inang, Tarian Zapin, Joget Selangor, Tarian Naga/ Singa, Tarian Klasik
    India, Tarian Moyang (Mahmeri).

  3. Sila nyatakan apakah jenis tarian Cina, India dan lain-lain yang sering diselitkan semasa pertunjukan promosi kebudayaan Negeri Selangor kepada pelancong asing?

    Jenis-jenis Tarian Cina – Tarian Lilin, Tarian Kipas, Tarian Payung, Joget Sapu
    tangan, Tarian Naga, Tarian Singa ( menggambarkan kebahgiaan,
    keseronokan, percintaan).
    Jenis-jenis Tarian India – Tarian Klasik India (Baratha Natyam).
    Jenis-jenis Tarian Suku Kaum Asal – Tarian Sewang dan Tarian Moyang
    (Mahmeri).

Lampiran

Tiada Lampiran.