Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
23) KUTIPAN BAYARAN PARKIR HARAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pencegahan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak PBT bagi mengatasi masalah sesetengah individu yang menjadikan kawasan tertentu sebagai tapak parkir kenderaan (mengambil bayaran) sedangkan kawasan tersebut tidak mempunyai meter parkir kenderaan / booth mengutip bayaran sewa parkir kenderaan?
Kerajaan Negeri sentiasa memantau melalui Jawatan Kuasa Kerajaan Tempatan
mengenai kutipan bayaran parkir haram yang dibuat oleh individu. Tindakan di
bawah Undang-undang kecil pelesenan tempat letak kereta boleh di kenakan
kepada mana-mana pengusaha yang didapati mengenakan bayaran parkir tanpa
mendapatkan lesen sah dari PBT. Selain itu penambahbaikan Undang-undang
kecil juga akan dilaksanakan dalam memastikan kesesuaian prosedur
pelaksanaan penguatkuasaan oleh penguat kuasa PBT.