Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

21) PENGURUSAN PASIR MASIH BERMASALAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakan peraturan yang dikenakan dapat mengatasi masalah pengurusan pasir?

    Sejak dasar baru dilaksanakan melalui penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    (KKSB) masalah kecurian pasir telah dapat diatasi sedikit demi sedikit. Unit
    Penguatkuasaan Pejabat Tanah di seluruh Negeri Selangor telah mengadakan
    Operasi Statik untuk mengurangkan masalah kecurian pasir di ‘kawasankawasan panas’. Setakat ini melalui KKSB, Kerajaan Negeri telah berjaya
    mengawal lebih kurang 70% daripada pasaran pasir di Negeri Selangor.

  2. Mengapakah kecurian pasir masih berlaku?

    Masalah kecurian pasir masih berlaku kerana terdapat segelintir tuan tanah
    enggan bekerjasama dengan KSSB walaupun Kerajaan Negeri telah
    melaksanakan dasar baru bagi tanah beri milik. Selain itu, hasil pemerhatian
    mendapati terdapat kecurian pasir berlaku di atas tanah beri milik yang
    berkeluasan kurang 50 ekar.

  3. Berapakah taksiran kerugian yang dialami kerajaan berbanding dengan dapatan?

    Taksiran kerugian yang dialami oleh kerajaan adalah sebanyak RM728,000
    manakala pendapatan melalui royalti adalah RM4.16 juta bagi tahun 2009

Lampiran

Tiada Lampiran.