Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
1) PROJEK PENTERNAKAN BABI SECARA MODEN YANG DIRANCANGKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila sebutkan status projek tersebut
Kerajaan Negeri masih di dalam peringkat menyenarai pendek syarikat yang layak untuk membangunkan ‘Modern Pig Farming’ ( MPF ). Pemilihan syarikat perlu dijalankan dengan teliti kerana syarikat perlu mempunyai peruntukan kewangan yang kukuh untuk membuat pengambilan balik tanah di bawah KTN 3( i )( b )-pengambilan balik tanah bagi maksud ekonomi.
-
Apakah masalah yang dihadapi untuk menjayakan projek tersebut?
Terdapat dua ( 2 ) masalah utama di dalam melaksanakan ‘Modern Pig Farming’( MPF )
iaitu masalah tanah untuk dijadikan tapak MPF dan peruntukan yang tinggi untuk
membangunkan MPF. Masalah tanah kini telah dapat diselesaikan dan bagi mengatasi
masalah kewangan maka Kerajaan Negeri hanya akan memilih syarikat yang
mempunyai peruntukan kewangan yang kukuh sahaja. -
Jangkaan keuntungan yang dapat dihasilkan setelah projek ini dijalankan?
Keuntungan projek ini dapat dilihat dari dua ( 2 ) sudut iaitu dari segi ekonomi
permintaan daging babi akan mempunyai pasaran untuk dieksport dan bukan tertumpu
kepada pasaran tempatan sahaja. Ini bermakna penternak akan mendapat tambahan
pendapatan daripada aktiviti ternakan babi. Sementara itu, dari sudut alam sekitar,
masalah pencemaran alam yang telah sekian lama menghantui penduduk sekitar akan
dapat diatasi.