Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
246) INSIDEN BERDARAH DI KG. MEDAN, PETALING JAYA PADA 8HB MAC, 2001
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pernahkah Kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional memberi apa-apa pampasan kepada mangsa-mangsa kaum India yang telah meninggal dunia dan mengalami kecederaan akibat peristiwa berdarah di Kg. Medan, Petaling Jaya pada 8hb Mac, 2001?
Kerajaan Negeri Selangor tidak ada memberikan sebarang pampasan kepada mangsamangsa kaum India yang telah meninggal dunia dan mengalami kecederaan akibat peristiwa berdarah di Kg. Medan, Petaling Jaya pada 8hb Mac, 2001 yang lalu.
-
Jika ada, berapakah jumlah dan apakah bentuk pampasan lain yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional pada ketika itu?
Tidak berkaitan.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berhasrat untuk memberikan apa-apa bentuk pampasan bagi meringankan bebanan kaum keluarga mangsa-mangsa peristiwa berdarah tersebut?
Kerajaan Negeri akan mengkaji perkara tersebut.