Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

242) KEGANASAN DOMESTIK

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah statistik keganasan domestik di Selangor berbanding seluruh negara?

    Statistik keganasan domestik di Selangor dan seluruh negara.

     

     

    TAHUN

     

    NEGERI SELANGOR SELURUH NEGARA  

    PERATUS

     

    2008

     

     

    1102

     

    3769

     

    29.2%

     

    2009 (Jan-Sept)

     

     

    844

     

    2794

     

    30.2 %

  2. Apakah inisiatif bagi mengurangkan berlakunya keganasan domestik?

    Inisiatif bagi mengurangkan berlakunya keganasan domestik.

    1)         Kempen Kesedaran

    • ceramah–ceramah di persatuan.
    • menekankan hak–hak wanita mengikut  peruntukan  undang –undang  yang  dipakai  di  negara ini dan dasar yang telah  digubal di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
    • mengadakan mesyuarat multi agensi ( Kesihatan  / PDRM / JKM /  Badan Bukan Kerajaan) untuk mengenal pasti  permasalahan   keganasan

     

    2)         Kaunseling

    • membantu wanita yang menghadapi pelbagai masalah termasuk menentang sebarang bentuk keganasan.
    • Sek 11 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
      1. pihak–pihak berkenaan dirujuk kepada badan
      2. Pihak–pihak berkenaan dirujuk kepada  terapi pemulihan , psikoterapi atau lain-lain  kaunseling  pendamai yang sesuai.

     

    3)         Peranan Masyarakat

    • memberi khidmat  dan bantuan sebagai sukarelawan  dengan menyumbang tenaga dan masa di pusat krisis.
    • Menanam nilai kemanusiaan tanpa keganasan  dalam kehidupan seperti sikap toleransi dan prihatin.

     

    4)         Peranan Media Massa

    •  memaparkan kes-kes yang berlaku untuk  dijadikan contoh  kepada masyarakat.

     

    5)         Kepercayaan peribadi

    • sikap beragama
    • tugas dan tanggungjawab ibu bapa
    • percaya kepada perkahwinan  untuk selamanya
    • bersikap empunya
    • kepercayaan kepada agama dan adab resam

     

    6)         Elemen persekitaran

    • keluarga hendaklah mengamalkan  kehidupan  sihat
    • hubungan baik dengan jiran / sanak saudara
    • tiada masalah kewangan

     

    7)         Faktor psikologi

    • personaliti diri
    • tidak tersisih kepada masyarakat

     

     

    Berdasarkan kepada statistik tersebut mendapati terdapat peningkatan untuk kes rogol di Negeri Selangor. Di antara sebab-sebab berlakunya peningkatan kes rogol  adalah

     

    • Mangsa kebanyakannya mudah jatuh cinta  kepada lelaki  yang baru dikenali  atau hanya beberapa kali membuat temu janji.

     

    • Mangsa mudah dipengaruhi oleh janji–janji manis / pujuk rayu daripada teman lelaki di mana lelaki tersebut mengatakan akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini. Contohnya mangsa mengandung.

     

    • Mangsa sendiri mengikut suspek ke hotel dan melakukan  hubungan seks. Kadang kala mangsa telah banyak kali mengikut suspek ke hotel dan melakukan hubungan seks  sehingga belasan kali.

     

    • Mangsa tidak tahu menjaga diri di mana mangsa kes rogol sanggup mengikut teman lelaki  balik ke rumah pada waktu malam dan tidur bersama  seterusnya melakukan hubungan seks atas dasar cinta tanpa diketahui oleh keluarga

     

    • Kebanyakan kes di mana pertama kali  mangsa telah melakukan hubungan seks  secara separuh paksa  dan dipujuk rayu oleh  teman lelaki. Selepas kejadian pertama, setiap kali perjumpaan  teman lelaki mereka akan  meminta untuk melakukan hubungan seks. Oleh kerana takut ditinggalkan, mangsa  mengikut  kehendak teman lelaki mereka.

     

    • Mangsa mengenali suspek melalui telefon/SMS/internat. Seterusnya mereka mengaturkan perjumpaan dan  semasa perjumpaan mangsa dirogol.

     

    • Semasa mangsa menggunakan telefon awam  seorang diri dan berbual-bual dengan lelaki yang tidak dikenali  atau menaiki motosikal  mereka untuk bersiarsiar telah dibawa ke tempat  lain dan seterusnya dirogol. Kebiasaannya mangsa  tidak mengetahui  butir-butir  pengenalan suspek.

     

    • Pendedahan kepada unsur–unsur kebaratan dan keganasan melalui media massa, elektronik, bahan cetak mahupun VCD lucah. Secara tidak langsung pengaruh seumpama ini menyebabkan individu yang  kurang asas agama boleh terpengaruh .

     

    • Peningkatan ekonomi, sosial dan pendidikan yang mencabar menyebabkan  peningkatan  kepada masalah  ketahanan mental dan fizikal.

     

    • Kelekaan ibu bapa dalam mengejar pembangunan ekonomi sehingga melupakan soal pembangunan insan dan nilai-nilai murni yang sepatutnya  diberi kepada anak-anak.

Lampiran

Tiada Lampiran.