Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

240) HAKMILIK TANAH BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TAMIL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah nama Sekolah-sekolah Rendah Tamil di Negeri Selangor yang tidak mempunyai hak milik Tanah yang kekal?

    Nama sekolah-sekolah Rendah Tamil di Negeri Selangor yang tidak mempunyai hak milik tanah yang kekal adalah seperti di Lampiran A.

     

  2. Mengapakah Sekolah-sekolah Tamil tersebut sehingga ke hari ini masih belum mempunyai hak milik tanah yang kekal?

    Sekolah-sekolah Rendah Tamil tersebut sehingga ke hari ini masih belum mempunyai hak milik tanah yang kekal kerana pelan ukur halus perlu disediakan terlebih dahulu bagi membolehkan hak milik kekal disediakan dan didaftarkan.

     

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan hak milik tanah yang kekal pada masa akan datang kepada Sekolah-sekolah Rendah Tamil yang tidak memiliki status hak milik tersebut?

    Hak milik kekal hanya akan didaftarkan setelah Pelan Ukur Halus diluluskan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan.