Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
235) PENDAFTARAN KONTRAKTOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini usaha pendaftaran kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal oleh kerajaan Selangor dan berapa ramai kontraktor dan pembekal kredibel yang telah didaftarkan oleh kerajaan sehingga sekarang?
Sehingga kini, Urus setia Pendaftaran Kontraktor sedang memasukkan semua data-data yang diperoleh dan sehingga hari ini lebih kurang 4,000 data telah dimasukkan. Datadata dimasukkan mengikut fasa dan senarai kontraktor telah dikemukakan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.
Sebelum ini Senarai Kontraktor sentiasa dikemas kini dari masa ke masa dan dikeluarkan secara bulanan. Kini, semua PTJ dan PBT dalam proses untuk menerima kata laluan untuk membolehkan mereka terus mengakses Sistem Pendaftaran Kontraktor/Pembekal Negeri Selangor.
-
Bilakah kerajaan akan bermula mengguna kontraktor-kontraktor ini?
Semua PTJ dan PBT telah dibekalkan Senarai Kontraktor secara bulanan bermula Julai 2009 yang lalu dan seperti dimaklumkan PTJ dan PBT akan diberikan akses terus kepada Sistem Pendaftaran Kontraktor/Pembekal Negeri Selangor tidak lama lagi. Urus setia Pendaftaran Kontraktor kini sedang bekerjasama dengan ICT Selangor untuk memberikan latihan kepada semua PTJ dan PBT berkenaan sistem ini.
Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Selangor 5/2009, semua PBT dan PTJ telah dimaklumkan bahawa semua perolehan harus menggunakan senarai kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Urus setia Pendaftaran Kontraktor, Unit Perancang Ekonomi Negeri.