Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

233) STRATA TITLE

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PKNS tidak mengeluarkan strata title walaupun projek rumah pangsa kos rendah sudah siap untuk diduduki dan sudah pun melebihi 10 tahun. Berapakah projek pembangunan yang disiapkan untuk diduduki tetapi belum diberikan strata title?

    Projek Rumah Pangsa Kos Rendah yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

     

    Jumlah Rumah Pangsa Kos

    Rendah (Unit)

    Telah Mendapat  Strata Title Belum Mendapat 

    Strata Title

    43,733 23,755 19,978
  2. Mengapa proses ini sangat lambat?

    Sebelum Akta Pemaju Perumahan dikuatkuasakan ke atas PKNS pada tahun 2002, PKNS mendapatkan keistimewaan untuk membina projek kos rendah berdasarkan kelulusan pelan induk tanpa perlu melalui proses permohonan hak milik seperti pemajupemaju swasta yang lain. Ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan rumah pangsa kos rendah bagi menampung keperluan rakyat ketika itu. Namun begitu, permohonan hak milik strata ini telah pun dibuat dan memakan masa kerana ia melibatkan pelbagai peringkat dan agensi seperti Pejabat Tanah dan Galian dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.  Pada masa kini, isu ini tidak timbul lagi kerana PKNS memastikan hak milik diperoleh terlebih dahulu sebelum sesuatu pembangunan dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.