Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
230) JENAYAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jenis-jenis jenayah yang sering berlaku di Negeri Selangor yang mengancam rakyat Negeri Selangor?
JENIS JENAYAH YANG SERING BERLAKU DI SELANGOR
BIL
KESALAHAN
TAHUN 2009
(JAN-SEPT)
1
BUNUH
111
2
ROGOL
522
3
SAMUN BERKAWAN S/API
21
4
SAMUN BERKAWAN TANPA S/API
5935
5
SAMUN SENJATAPI
6
6
SAMUN TANPA S/API
806
7
MENDATANGKAN CEDERA
1200
8
CURI
6485
9
CURI MOTOLORI/VAN
1689
10
CURI MOTOKAR
3228
11
CURI MOTOSIKAL
11549
12
RAGUT
1543
13
PECAH RUMAH DAN CURI
SIANG HARI
3522
14
PECAH RUMAH DAN CURI
MALAM HARI
4398
JUMLAH
41015
-
Apakah jenis-jenis jenayah yang berlaku mengikut komposisi kaum di Negeri Selangor pada masa kini?
Jenis jenayah mengikut komposisi kaum di Selangor.
Secara umumnya, pesalah jenayah tidak terhad pada satu kaum sahaja. Walau bagaimanapun, bagi kes-kes ragut banyak melibatkan pesalah-pesalah Melayu/Indonesia, kes-kes pergaduhan melibatkan pesalah-pesalah daripada kaum India dan kes-kes jenayah harta benda melibatkan pesalah-pesalah Cina.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi jenis-jenis jenayah tersebut?
Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi jenis-jenis jenayah tersebut?
- Pelbagai operasi pencegahan oleh pihak polis seperti rondaan dengan kerjasama dengan Rela dan Rukun Tetangga.
- Pelbagai operasi polis untuk menangkap penjenayah-penjenayah “Habitual”.
- Sesi dialog dengan persatuan-persatuan penduduk dan meningkatkan kerjasama rakyat dan PDRM dengan beberapa produk PDRM seperti RAKAN COP. Selain daripada itu, PDRM sentiasa mengadakan program ceramah, sesi dialog dan lainlain usaha melalui media massa.
- Melaksanakan projek-projek untuk meningkatkan tahap disiplin di kalangan pelajarpelajar sekolah dan remaja.