Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

225) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAJAH, RAWANG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sebab projek ini dihentikan dan adakah projek ini akan diteruskan?

    Projek pembesaran Sungai Rajah ini pada dasarnya merupakan sebahagian daripada kaedah penyelesaian mengurangkan masalah banjir di kawasan Bandar Rawang, Kg. Sungai Rajah dan kawasan persekitarannya.

     

    Di antara sebab-sebab projek ini diberhentikan adalah kerana terdapat peningkatan kos projek yang sangat tinggi di mana pada waktu itu, kos asal projek yang berjumlah RM2,667,925.00 meningkat kepada anggaran berjumlah RM3.45 juta. Ia melibatkan kos pengalihan utiliti di mana kebanyakan utiliti ini tidak dapat dikenal pasti dengan tepat semasa peringkat reka bentuk telah menyebabkan perubahan kepada reka bentuk asal. Bagi memenuhi keperluan semasa dan tanggungjawab sosial terhadap penduduk setempat dalam usaha menangani masalah banjir di kawasan tersebut, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran akan meneruskan projek ini dengan menggunakan reka bentuk yang lebih efektif kosnya.

  2. Siapakah kontraktor baru yang dilantik untuk meneruskan projek tersebut dan bilakah kerja pembesaran akan diteruskan?

    Belum ada kontraktor baru dilantik untuk meneruskan projek ini. Jabatan Pengairan dan Saliran perlu mengkaji dan menyediakan reka bentuk yang lebih ekonomikal sebelum projek ini diteruskan. Jabatan menjangka projek ini dapat diteruskan pembinaannya di dalam RMK 10.

  3. Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan untuk projek ini secara keseluruhan dan tambahan kos untuk pelantikan kontraktor baru?

    Jumlah peruntukan yang diluluskan bagi harga kontrak ialah sebanyak RM2,667,925.00 manakala kos perunding sebanyak RM204,635.63. Tambahan kos untuk melantik kontraktor penyiap belum dapat dianggarkan sehingga reka bentuk alternatif selesai.

Lampiran

Tiada Lampiran.