Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
217) JUMLAH PARA PENDUDUK
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah para penduduk di Negeri Selangor setakat hari ini?
Anggaran pertumbuhan penduduk di negeri Selangor adalah pada kadar 2.1%. Berdasarkan anggaran ini, penduduk Negeri Selangor pada tahun 2008 adalah berjumlah 5.071 juta orang dan pada tahun 2009 telah meningkat kepada 5.179 juta orang iaitu peningkatan seramai 108,000 orang penduduk.
-
Berapakah jumlah penduduk mengikut kaum di Negeri Selangor setakat hari ini?
Unjuran penduduk negeri Selangor pada pertengahan tahun 2009 adalah seramai 5.179 juta orang yang terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara Malaysia. Daripada jumlah ini, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti dengan jumlah sebanyak 2.748 juta orang, diikuti kaum Cina dengan 1.4 juta orang, kaum India dengan 0.676 juta orang, lain-lain 0.053 juta orang dan bukan warganegara seramai 0.302 juta orang.
-
Berapakah jumlah penduduk Negeri Selangor yang berumur 21 tahun dan lebih di Negeri Selangor?
Anggaran jumlah penduduk Negeri Selangor pada tahun 2009 mengikut kumpulan umur adalah seperti di jadual berikut:
Kumpulan Umur Jumlah 0-14 1,616,100 15 – 64 3,390,400 65+ 173,100 Jumlah 5,179,600