Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

211) JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUAN KAMPUNG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan bagi memantapkan lagi fungsi JKKK.

    Perancangan Kerajaan Negeri dalam memantapkan lagi fungsi JKKK adalah menjalankan kursus-kursus dan seminar-seminar kepada JKKK mengikut kelemahan yang dimiliki oleh setiap JKKK dan keperluan dari Kerajaan Negeri.

  2. Adakah kerajaan berhasrat menyediakan sedikit peruntukan bagi menggerakkan aktiviti JKKK.

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 bagi mewujudkan projek-projek untuk pembangunan ekonomi luar bandar Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.