Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

199) KEWUJUDAN JALAN-JALAN BERTOL DI KAWASAN PENEMPATAN BARU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kewujudan jalan-jalan baru yang mempunyai tol di kawasan-kawasan penempatan baru akhir-akhir ini semakin banyak terdapat di dalam kawasan Selangor. Apakah usaha yang diambil oleh pihak kerajaan bagi mengawal pihak-pihak berkenaan daripada mengenakan harga tol yang melampau?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 22 Oktober 2009 telah menolak soalan ini

  2. Apakah terdapat prosedur yang membolehkan pihak Kerajaan Negeri mengawal harga tol yang dikenakan oleh pihak konsesi / pemaju yang bertanggungjawab membina jalan raya tersebut?

    Pada ketika ini, tidak ada prosedur yang membolehkan pihak Kerajaan Negeri mengawal harga tol yang dikenakan oleh pihak konsesi kepada pengguna jalan raya di Negeri Selangor memandangkan ianya adalah di bawah bidang kuasa pihak Kerajaan Persekutuan .

     

    Dalam hal ini, walaupun ianya di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri, perbincangan-perbincangan berkaitan akan terus diadakan di antara kedua-dua pihak dalam usaha menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Lampiran

Tiada Lampiran.