Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

198) GALAKAN USAHAWAN BELIA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan manifesto untuk menyediakan premis perniagaan yang cukup untuk rakyat?

    Manifesto bagi galakan usahawan belia adalah dalam perlaksanaan fasa kedua. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menggunakan program yang sedia ada bagi merancakkan penglibatan usahawan muda dalam bidang keusahawanan. Menerusi Pembangunan Usahawan, Kerajaan Negeri tidak menyediakan premis kekal kepada para usahawan tetapi Kerajaan Negeri menyediakan peluang seperti menyewa kiosk dan booth berdasarkan setiap kali anjuran program.

  2. Apakah bentuk-bentuk bimbingan perniagaan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada golongan belia dan beliawanis sebagaimana dinyatakan di dalam manifesto?

    Kerajaan Negeri komited dalam menurunkan kadar peratusan pengangguran di negeri ini. Sehubungan itu, para belia dan beliawanis diberikan bimbingan perniagaan terutamanya berbentuk kemahiran bagi menjana pendapatan. Antara bentuk-bentuk bimbingan yang telah disediakan adalah seperti berikut :

     

    • Program Belia Tani (Penternakan Ikan Air Tawar)
    • Klinik Frisbee
    • Program Menjana Ekonomi Kelab Belia
    • Kursus Ampang Video Shooting

    Kursus Jahitan Manik

  3. Bagaimanakah pelaksanaan dalam memberi galakkan kepada golongan ini dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama seperti yang dijanjikan?

    Buat masa sekarang, terdapat 24 kiosk disediakan di Pasar raya Giant Shah Alam untuk disewa oleh para usahawan termasuk usahawan belia. Walau bagaimanapun kiosk tersebut hanya digunakan sebagai peluang dan platform kepada usahawan yang baru ingin menceburi bidang perniagaan. Kontrak penyewaannya hanya terhad kepada 2 tahun sahaja. Sewa yang dikenakan adalah murah dan berpatutan dan usahawan tidak perlu membayar sebarang kos air dan elektrik.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.