Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

188) HANYA 0.6% SAHAJA PELAJAR BUKAN MELAYU DI BAWAH TAJAAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dari 15,000 pelajar yang tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor hanya seramai 90 orang, iaitu 0.6% sahaja pelajar bukan Melayu. Apakah punca-punca berlakunya pencapaian yang amat jauh dari kuota 10% yang telah ditetapkan?

    Permohonan yang diterima dari pelajar-pelajar bukan Melayu sangat sedikit, kurang dari 2%. Ini mungkin kerana syarat kemasukan dan peraturan asrama Yayasan Selangor yang ditetapkan.  Hanya pelajar –pelajar yang mendapat  5A dan 4A dalam peperiksaan UPSR yang layak untuk memohon ke asrama Yayasan Selangor. Sebilangan pelajar yang ditawarkan pula menarik diri oleh kerana  tidak dapat menyesuaikan diri dan lain- lain sebab.

  2. Mengapakah langkah-langkah mempromosikan pertambahan kemasukan pelajar-pelajar bukan Melayu yang dijalankan telah tidak berjaya mencapai kuota 10%?

    Yayasan mempromosikan kemasukan pelajar melalui laman web Yayasan Selangor, siaran radio dan akhbar tempatan (Bahasa Melayu) . Pihak Yayasan Selangor juga memberi maklum kepada wakil rakyat-wakil rakyat dari kaum India dan Cina (Exco – Exco kerajaan)untuk disebarkan dan dipanjangkan borangborang permohonan kepada pelajar-pelajar dari kalangan kaum mereka. Maklumat ini juga boleh diperolehi dari pihak sekolah dan Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah.

     

  3. Apakah program-program integrasi antara kaum di kalangan pelajar yang akan dilaksanakan oleh Yayasan Selangor sehingga jurang 0.6% ke 10% ini dapat diatasi?

    Pelajar-pelajar Asrama Yayasan Selangor bersekolah di sekolah-sekolah ternama / terkawal di Kuala Lumpur , Petaling Jaya dan Klang, di mana terdapat ramai  dan sebahagiannya majoriti terdiri dari pelajar-pelajar bukan Melayu.  Pelajar-pelajar bukan Melayu mungkin perlu membiasakan diri dengan suasana dan cabaran tinggal di asrama.  Ibu bapa boleh memainkan peranan memberikan galakan dan semangat kepada anak-anak mereka. Programprogram akademik, dan semua aktiviti pelajar di asrama melibatkan semua pelajar dan perhatian / pengecualian diberikan terhadap kepada yang beragama lain bagi aktiviti melibatkan pelajar-pelajar Islam.

     

    Yayasan Selangor akan melaksanakan program orientasi kepada pelajar-pelajar, khusus kepada yang  baru supaya berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri. Program keibubapaan juga dianjurkan supaya ibu bapa menyumbang kepada pembinaan sikap positif dan motivasi di kalangan anak-anak mereka.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.