Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
178) KEBAJIKAN BELIA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah janji manifesto untuk memberi bantuan mendirikan rumah tangga kepada golongan belia?
Sebagai sebuah negeri berkebajikan, Kerajaan Negeri akan memberi yang terbaik bagi memastikan kebajikan rakyat terbela seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya yang lalu. Berhubung dengan bantuan mendirikan rumah tangga kepada golongan belia, Kerajaan Negeri masih mengkaji apakah bentuk bantuan yang sesuai untuk diberikan bagi membantu golongan belia mendirikan rumah tangga. Walau apapun, Kerajaan Negeri masih komited dalam menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya yang lepas.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pusat sukan mini dan rekreasi untuk golongan ini sebagaimana yang dijanjikan ?
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin ke atas kemudahan pusat sukan dan rekreasi kepada golongan belia. Bagi memenuhi keperluan ini, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan permohonan dari setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan ini.
-
Apakah bentuk-bentuk biasiswa pelajaran yang telah diberikan kepada anak-anak Selangor selain hadiah RM1,000.00 bagi mereka yang mendapat tawaran ke universiti?
- Terdapat tiga (3) buah jabatan/ agensi di bawah Kerajaan Negeri yang menawarkan pembiayaan pelajaran di peringkat pengajian tinggi, sama ada berupa biasiswa, pinjaman atau dermasiswa kepada pelajar-pelajar, terutamanya Anak-anak Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS seluruh negara seperti berikut:
- Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) yang menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah di IPTA/ IPTS dalam pelbagai bidang;
- Yayasan Selangor yang menyediakan kemudahan Biasiswa Kecil dan Biasiswa Khas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 5, Dermasiswa kepada pelajar cemerlang Tingkatan 4 dan Pinjaman Pelajaran kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT, khususnya IPT Kerajaan Negeri Selangor (UNISEL/ KUIS/ INPENS/ IKYS); dan
- Pusat Zakat Selangor/ Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang memperuntukkan dermasiswa zakat, khusus kepada-pelajar-pelajar beragama Islam yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah.
Kemudahan pembiayaan pengajian tersebut boleh diperoleh dengan membuat permohonan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan/ agensi yang berkaitan.
- Terdapat tiga (3) buah jabatan/ agensi di bawah Kerajaan Negeri yang menawarkan pembiayaan pelajaran di peringkat pengajian tinggi, sama ada berupa biasiswa, pinjaman atau dermasiswa kepada pelajar-pelajar, terutamanya Anak-anak Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS seluruh negara seperti berikut: