Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

165) PREMIS PERNIAGAAN OLEH PENDATANG ASING

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan / langkah-langkah yang diambil oleh PBT / Kerajaan Negeri bagi membendung golongan pendatang asing yang membuka premis perniagaan tidak sah di Pelabuhan Klang/Bandar Sultan Suleiman?

    Tindakan / langkah yang diambil oleh PBT / Kerajaan Negeri bagi membendung golongan pendatang asing yang membuka premis perniagaan tidak sah di Pelabuhan Klang / Bandar Sultan Suleiman ialah dengan menyita peralatan / barang-barang perniagaan. Bagi tempoh bulan Januari – September 2009, jumlah sitaan yang telah dilakukan adalah sebanyak 08 sitaan.  Pecahan:

     

    Januari – 01 sitaan.
    Februari – 02 sitaan.
    Mac  – 02 sitaan.
    April  – 02 sitaan.
    September – 01 sitaan.

  2. Apakah prosedur yang membolehkan mereka untuk berniaga?

    Terdapat SOP yang disediakan oleh Majlis bagi membolehkan permohonan dibuat bagi menjalankan perniagaan yang sah di kawasan Majlis. Permohonan boleh dibuat dan akan dilesenkan mengikut Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007.

  3. Pihak manakah yang bertanggungjawab yang menyemak dan meluluskan permohonan serta mengeluarkan lesen bagi membolehkan mereka berniaga?

    Jabatan Pelesenan dan Penjaja adalah jabatan yang bertanggungjawab di MPK bagi mengeluarkan lesen tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.