Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

163) PERLOMBONGAN PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang digunakan untuk mencegah perlombongan pasir tanpa kebenaran?

    Bagi membanteras aktiviti mencuri pasir, Pihak Berkuasa Negeri telah mengarahkan semua Pentadbir Tanah untuk mengadakan operasi 24 jam di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berlakunya aktiviti kecurian pasir. Tindakan penyitaan jentera dan peralatan, pengenaan kompaun dan pendakwaan ke Mahkamah juga dilaksanakan di samping operasi serbuan bersama pihak berkuasa yang berkenaan. Selain dari itu, bagi kegiatan yang dilakukan di atas tanah-tanah milik, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Pentadbir Tanah mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah pelanggaran syarat  tanah di mana sekiranya pemilik-pemilik tanah ingkar dalam mematuhi Notis pelanggaran syarat penggunaan tanah yang dikeluarkan, boleh mengakibatkan tanahtanah mereka dirampas menjadi tanah Kerajaan.

  2. Apakah status kewangan Kumpulan Semester Sdn Bhd(KSSB) dalam industri penyelenggaraan perlombongan pasir sejak penubuhannya?

    Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah ditubuhkan pada 26 Jun 2008 dan mula beroperasi pada 22 Julai 2008

     

    Kedudukan Kewangan bagi tempoh berakhir tahun 31hb Disember 2008 seperti berikut:

     

    Jualan                                                                 RM

    Pasir (tan metrik)                                                        220,139

    Perolehan (RM)                                                          4,824,874

    Untung sebelum cukai RM                                       1,187,394

    Cukai                                                                             (285,500)

    Untung selepas cukai                                                  901,894

     

     

    Prestasi kewangan bagi tempoh 31 Jan 2009 sehingga 30 Sept 2009 adalah seperti berikut :

     

    Jualan Pasir (tan metrik)                                 114,106 tan metrik

    RM

    Jumlah Perolehan    21,552,041   Untung sebelum cukai      5,467,475

    Peruntukan Cukai                                           ( 1,366,869)

    Untung selepas cukai                                        4,100,606

     

  3. Berapakah jumlah kebocoran dan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan akibat daripada perlombongan pasir tanpa kebenaran sejak 2008?

    Jumlah anggaran kebocoran dan kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri akibat daripada perlombongan pasir tanpa kebenaran sejak 2008 adalah RM728,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.