Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

162) KES RAGUT DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah statistik kes ragut di Selangor bagi tahun 2009 berbanding 2006-2008? Nyatakan bilangan mengikut daerah

    STATISTIK KES RAGUT DI SELANGOR 2009

    BERBANDING TAHUN 2006 HINGGA 2008

     

    DAERAH/TAHUN

     

    2006 2007 2008 2009(JAN-SEPT)
    P/JAYA 698 447 281 130
    S/JAYA 179 381 338 335
    KLANG 73 190 176 212
    GOMBAK 274 377 150 13
    KAJANG 29 229 56 57
    AMPANG JAYA 787 926 554 506
    S/ALAM 94 124 138 182
    K/LANGAT 18 67 67 41
    K/SELANGOR 29 43 31 28
    H/SELANGOR 22 24 14 15
    S/BERNAM 19 28 18 15
    SEPANG 15 19 17 9
    JUMLAH 2237 2855 1840 1543
  2. Adakah kajian dijalankan bagi mengenal pasti punca meningkatnya kegiatan meragut serta usaha bagi menanganinya?

    1. Punca jenayah ragut dan usaha menanganinya

     

    1.1. Masalah sosial meningkat selaras dengan  perkembangan  ekonomi dan tuntutan material pesalah-pesalah terlibat.  Kebanjiran pendatang asing tanpa izin turut meningkatkan kes-kes ragut.

     

    1.2. Bagi menangani kes-kes ragut ini, PDRM telah melancarkan beberapa operasi khusus seperti Ops Rentap.  Kajian terhadap masa, tempat, suspek dan kenderaan yang biasa digunakan pesalah  turut dibuat supaya operasi  pencegahan dan penangkapan dilakukan dengan berkesan.  PDRM juga telah meningkatkan pencegahan dengan  tertubuhnya Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area) yang dipantau dari setiap peringkat pengurusan PDRM.

Lampiran

Tiada Lampiran.