Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

159) PERPINDAHAN PENIAGA-PENIAGA PASAR BASAH SELAYANG BARU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perancangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyusun semula pembangunan di kawasan Selayang Baru adalah sesuatu yang baik demi kepentingan penduduknya. Namun demikian, pembinaan pasar baru yang akan menempatkan peniaga-peniaga yang buat masa ini berniaga dalam kawasan pasar basah Selayang telah menimbulkan banyak rungutan dan keputusan ini seharusnya dipertimbangkan semula. Apakah rasional Pihak Berkuasa Tempatan membina bangunan baru sedangkan pasar basah sedia ada boleh dinaiktaraf dengan memberi perhatian kepada susun atur dan aspek-aspek utiliti yang sempurna dan kemas.

    Projek ini telah dilancarkan pada tahun 1997 dan projek ini merupakan projek usaha sama di antara Kerajaan Negeri dengan Tetuan Azam dan Azan. Walau bagaimanapun kerja-kerja pembangunan gagal disiapkan oleh pemaju mengikut jadual. Pada asalnya pembangunan pasar ini di jangka dapat mengubah imej kawasan kepada Perbandaran yang lebih selesa dan indah.

  2. Sejauh manakah kemudahan pasar baru ini dijangka mampu membantu peniagapeniaga tradisi ini dari aspek meningkatkan ekonomi mereka dan pengunjung terutamanya suri rumah yang sudah berusia dari segi keselesaan

    1) Bangunan ini telah dilengkapi dengan kemudahan Orang Kurang  Upaya (OKU) untuk kegunaan pengguna dan peniaga.

    2) Dengan berpindahnya peniaga ke pasar baru, para peniaga dapat meningkatkan status perniagaan mereka dengan menggunakan fasiliti yang telah disediakan sekali gus  para peniaga dapat memperbaiki taraf ekonomi mereka. Di samping itu juga, pemindahan mereka akan dapat meningkatkan kemahiran para peniaga untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dalam persekitaran yang lebih baik.

  3. Bagaimanakah perancangan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan projek pembinaan pasar baru ini tidak akan menjadi ÕGajah PutihÕ sebagaimana yang dialami di kebanyakan kawasan yang sudah pun melaksanakan projek yang serupa.

    Proses pemindahan akan dibuat sebagaimana proses pemindahan pasar-pasar lain walau bagaimanapun kerjasama daripada pemimpin tempatan dan peniaga amat diharapkan bagi memastikan pasar ini dapat digunakan secara maksimum.

Lampiran

Tiada Lampiran.