Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
140) OKU
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah warga OKU yang telah berdaftar dengan PBT untuk perkhidmatan tempat letak kereta percuma di Selangor?
Perkhidmatan tempat letak kenderaan orang kelainan upaya (OKU) telah lama
disediakan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Negeri Selangor.
Malah, di bangunan komersial persendirian juga turut menyediakan perkhidmatan
tempat letak kereta kepada warga OKU sebagai kemudahan OKU melakukan sebarang
urusan di bangunan berkenaan.
Pada Ogos 2009 yang lalu, Kerajaan Negeri telah melancarkan dua (2) bentuk Pelekat
Kenderaan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai keprihatinan Kerajaan Negeri
terhadap golongan OKU. Pelekat kenderaan ini adalah sebagai salah satu kemudahan
OKU menggunakan kenderaan mereka dan meletak kenderaan mereka secara percuma
di kawasan operasi PBT. Walau bagaimanapun, ianya tidak tertakluk kepada tempat
letak kenderaan di bawah seliaan pihak swasta yang mengenakan caj bagi setiap
tempat letak kenderaan.
Berikut adalah jadual bilangan OKU yang telah berdaftar dengan PBT di Negeri
Selangor bagi perkhidmatan pelekat kenderaan OKU :-
Bil Pihak Berkuasa Tempatan Jumlah OKU
1. Majlis Bandaraya Shah Alam 21 orang
2. Majlis Perbandaran Petaling 92 orang
3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 88 orang
4. Majlis Perbandaran Subang Jaya 82 orang
5. Majlis Perbandaran Klang 92 orang
6. Majlis Perbandaran Selayang 17 orang
7. Majlis Perbandaran Kajang 58 orang
8. Majlis Perbandaran Sepang 4 orang
9. Majlis Daerah Kuala Langat 33 orang
10. Majlis Daerah Kuala Selangor 8 orang
11. Majlis Daerah Hulu Selangor 7 orang
12. Majlis Daerah Sabak Bernam 2 orang
JUMLAH 475 orang -
Apakah usaha yang telah diambil oleh semua PBT dari Mac 2008 sehingga kini untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan untuk OKU?
Pelbagai usaha telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha
memperbaiki infrastruktur dan kemudahan OKU di Selangor. Antaranya adalah setiap
PBT telah mensyaratkan kepada setiap kontraktor supaya menyediakan dan
mempunyai kemudahan kebolehaksesan OKU di setiap projek pembangunan kawasan.
Syarat ini merupakan satu prosedur pembangunan yang perlu dipatuhi oleh setiap
kontraktor dan ianya haruslah mematuhi piawaian yang telah ditetapkan di dalam
Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Bab 4 –
Kemudahan Masyarakat (4.8 Kemudahan Orang Kurang Upaya)
Kerajaan Negeri juga memandang serius dengan kemudahan infrastruktur bagi
golongan OKU dengan mematuhi piawaian dan sistem perundangan yang telah
ditetapkan dalam pembangunan kemudahan orang kurang upaya. Setiap PBT perlulah
mengguna pakai Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (1984), 1990 dan
menguatkuasakan undang-undang ini serta memastikan bahawa kehendak-kehendak
kemudahan bangunan untuk OKU disediakan berdasarkan Piawaian Malaysia MS1184
dan MS1331.
Dalam piawaian tersebut menyatakan seperti berikut:
Perundangan Peruntukan Khas
SIRIM Code Of
Practice
MS1184:1991
Code Of Practice For Disabled People To Public Buildings (MS1184)
yang dikeluarkan oleh SIRIM pada tahun 1991 menyediakan
piawaian khas ke atas peruntukan rekabentuk keudahan-kemudahan
khas di dalam bangunan supaya boleh digunakan secara mudah dan
selamat oleh OKU.
SIRIM Code Of
Practice
MS1331:1993
Code Of Practice For Disabled People To Public Buildings(MS1331)
yang dikeluarkan pada 1993 adalah berkenaan Piawaian Malaysia ke
atas peruntukan reka bentuk kemudahan-kemudahan khas luar
bangunan supaya ia mudah diakses (accessible) dan boleh diguna
(usable) oleh OKU.
Sebagai contoh, Kerajaan Negeri amat berbesar hati dan sangat bangga dengan
pelantikan ahli majlis dari golongan OKU di Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Beliau amat
berdedikasi dalam memperjuangkan hak-hak OKU di kawasan PBT berkenaan. Di
antara usaha beliau bersama Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ adalah
menyediakan empat (4) strategi utama dalam usaha menjadikan MBPJ sebagai
Bandaraya Bebas Halangan, selaras dengan visi Negeri Selangor untuk menjadi “Negeri
Berkebajikan”.
Empat (4) strategi MBPJ adalah seperti berikut :-
1) Program Kesedaran Awam Dan Latihan Teknikal ;
• Meliputi taklimat, program pendidikan, “Access Survey”, “Simulation Exercise”,
lawatan sambil belajar dan lain-lain program
2) “Area Based Project” ;
3) Program Pengubahsuaian Atau Menaik taraf Bangunan / Taman / Infrastruktur Sedia
Ada ; dan
4) Pemantauan Program Pembangunan OKU oleh Jawatankuasa Teknikal Penyediaan
Kemudahan OKU.
Kerajaan Negeri juga berharap agar semua PBT di Selangor dapat mencontohi usahausaha murni yang telah atau sedang dilaksanakan di MBPJ sebagai penambahbaikan
yang berterusan bagi memudahkan golongan OKU mengakses kemudahan infrastruktur
tanpa halangan.