Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

138) SUMBER AIR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perjanjian antara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan dalam Projek Pengangkutan Air Mentah dari Negeri Pahang?

    Perjanjian jual beli air mentah di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan
    Negeri Pahang pada 8 Ogos 2007 tanpa melibatkan Kerajaan Persekutuan.
    Kerajaan Persekutuan hanya bertanggungjawab di dalam pembiayaan
    pelaksanaan projek melalui kos yang diperoleh daripada pinjaman Kerajaan
    Jepun di bawah JBIC.

  2. Adakah Kerajaan Selangor mengenakan cas ke atas laluan pengangkutan air Projek tersebut dan mengenakan pampasan akibat daripada penebangan pokok-pokok di hutan simpanan dan gangguan terhadap habitat hidupan liar?

    Kerajaan Negeri Selangor tidak mengenakan caj laluan air mentah bagi projek
    tersebut. Namun begitu, bagi kerja-kerja yang melibatkan penebangan pokok
    sama ada akibat kerja-kerja siasatan tanah ataupun pelaksanaan projek,
    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan
    mengenakan pampasan bagi memulihara pokok-pokok yang terancam.

  3. Adakah proses kajian impak alam sekitar, sosio-ekonomi, sosio-budaya disediakan dalam projek tersebut dan apakah mekanisme pemantauan pelaksanaannya

    Proses kajian impak alam sekitar, sosio-ekonomi dan sosio budaya telah pun disediakan
    oleh pihak Pasukan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor dan
    pemantauan pelaksanaannya akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa yang
    ditubuhkan di peringkat Kerajaan Negeri Selangor dan akan dipengerusikan oleh Y.B.
    Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.