Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

129) HUB-PENDIDIKAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan berhasrat menjadikan Selangor sebagai Hub Pendidikan dan salah satu program yang dilancarkan ialah Jejak Ilmuwan dan Tunas Ilmuwan. Apakah strategi, pendekatan dan program-program untuk memantapkan Selangor sebagai Hub Pendidikan?

    BIL STRATEGI PENDEKATAN PROGRAM
    PENDIDIKAN

    1 Memperkasakan
    kualiti pendidikan
    rendah dan
    menengah
    • Baikpulih
    Infrastruktur
    sekolah
    • peningkatan
    kemahiran
    pengajaran dan
    pembelajaran

    • Program bantuan
    baikpulih Sekolahsekolah di Selangor
    • Program Latihan
    Literasi ICT kepada
    guru-guru sekolah
    Kerajaan Negeri
    Selangor
    • Program Perbekalan
    Komputer, jalurlebar
    kepada sekolahsekolah Kerajaan
    Negeri Selangor
    • Program SPIES
    pendidik
    BIL STRATEGI PENDEKATAN PROGRAM
    PENDIDIKAN
    2. Membina jaringan
    strategik dengan
    semua pihak yang
    terlibat di dalam
    pendidikan
    Mewujudkan Majlis
    Permuafakatan PIBG,
    Tadika dan Pendidikan
    • SPIES untuk MPIBG
    • Program Jelajah
    Ilmuwan (penyertaan
    dari tadika-tadika)
    • Konvensyen
    Pendidikan Islam
    3. Menjadikan
    Perpustakaan
    sebagai pusat
    pendidikan utama
    Masyarakat
    Melaksanakan program
    Penjenamaan Semula
    PPAS
    • Program ”
    terambuilding PPAS
    • Menaiktaraf
    infrastruktur
    Perpustakaan di
    seluruh Negeri
    Selangor
    PENDIDIKAN TINGGI
    4. Mengantarabangsaka
    n IPT Selangor
    Melaksanakan pelbagai
    persidangan
    antarabangsa.
    • The 7th International
    Conference On Muslim
    Education
    • The 17th International
    Conference Islamic
    Academy of Science
    5. Menjadikan IPT
    Selangor sebagai
    pusat rujukan dan
    penyelidikan di
    peringkat Nasional
    dan Antarabangsa.
    Melaksanakan kajian
    impak tinggi
    (Bidang bioteknologi dan
    Pendidikan)
    • Dana Endowment
    (seed grant) kepada
    IPT Selangor

  2. Apakah kemajuan program Jejak Ilmuwan dan siapakah tokoh-tokoh ilmuwan Selangor yang telah dikenal pasti?

    Program Jejak ilmuwan dilaksanakan melalui 4 sub Program yang utama iaitu:
    • Program Jelajah Ilmuwan
    • Program Tunas Ilmuwan
    • Program Permentoran IPT
    • Hari Ilmu Negeri Selangor
    Bagi tahun 2009, status pelaksanaan program ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama
    pihak UNISEL telah berjaya melaksanakan program Jelajah Ilmuwan di 3 daerah di
    seluruh Negeri Selangor, iaitu di Daerah Sabak Bernam, Daerah Kuala Selangor dan
    Daerah Klang. Majlis Pelancaran Program Jelajah Ilmuwan ini juga telah dilaksanakan
    pada 8 November 2009 yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar
    Negeri Selangor.
    Sepanjang program Jelajah Ilmuwan ini dilaksanakan terdapat beberapa Ilmuwan
    yang telah diketengahkan kepada masyarakat iaitu :
    1) Profesor Abdul Latif Ibrahim, yang merupakan Ilmuwan dari bidang Biotekologi. Beliau juga adalah anak kelahiran Negeri Selangor.
    2) Pofesor Dr Khazani bin Abdullah, ilmuwan dari bidang fiber optik. Beliau pernah
    dianugerahkan sebagai saintis Muda pada tahun 2001 di atas sumbangan beliau
    di dalam bidang fiber optik Negara.
    3) Profesor Dr Anuar bin Ahmad, ilmuwan dari bidang kejuruteraan. Beliau adalah
    ketua projek bagi International Cansat Designs Competition di Madrid, Sepanyol di
    mana Unisel telah menjuarai ‘ open category”.
    Selain itu, Program Tunas Ilmuwan telah dilaksanakan pada 3 Mei 2009 dengan
    penampilan istimewa pelajar terbaik SPM peringkat Kebangsaan iaitu, adik Nor Madiha
    yang turut memberi motivasi kepada para pelajar yang hadir ke program tersebut.

  3. Apakah kemajuan program Tunas Ilmuwan dan sekolah manakah yang telah dikenal pasti dan terlibat melaksanakan program ini?

    Perkembangan terkini, untuk program Tunas Ilmuwan, satu kelab akan ditubuhkan dan
    akan menghimpunkan para pelajar yang berpotensi untuk dilibatkan di dalam programprogram khas. Sekolah yang telah dikenalpasti untuk terlibat di dalam program ini
    adalah terdiri daripada sekolah-sekolah di bawah Kerajaan Negeri yang dikelolakan oleh
    Jabatan Agama Islam.

Lampiran

Tiada Lampiran.