Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

123) PERTANIAN ( SAWAH PADI )

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah ancaman Ò Siput Gondang Ò telah merosakkan tanaman padi di kawasan Sungai Burong?

    Ancaman Siput Gondang dari jenis Poamacea insularus telah mula di kesan awal
    tahun 1991 di kawasan Tali air Dua Sungai Burong dan telah tersebar dalam parit dan
    tali air Sungai Burong. Serangan Siput Gondang Poamacea di dalam kawasan petak
    sawah dilaporkan berlaku pada musim 1/2007 di Parit 4 dan Tali air Satu Sungai Burong
    pada peringkat anak benih padi sehingga 21 hari selepas tabur. Tahap keterukan
    serangan sehingga mencapai 10-50% pada benih padi mendatangkan kerugian kepada
    petani bagi menanggung kos untuk menabur dan menyulam semula anak benih padi.
    Kemampuan Siput Gondang untuk bertelur banyak sehingga 200-500 biji sepasang dan
    hidup sehingga 3 kaki kedalaman dari permukaan sawah meningkatkan lagi status
    populasi siput di dalam sawah. Didapati beberapa musim yang lalu berlaku penurunan
    serangan siput gondang di kawasan Sg. Burong. Walau bagaimanapun sedikit
    peningkatan serangan bagi musim 02/09 iaitu sebanyak 15.82 ha. Manakala pada
    musim 02/08 serangan melibatkan 7.0 ha serangan. Ancaman serangan Siput gondang
    dijangka meningkat sekiranya tiada kawalan secara berterusan oleh petani sama ada
    secara kawalan biologi atau kimia.

  2. Sila nyatakan keluasan sawah dan bilangan petani yang tanaman padi mereka telah terjejas oleh ancaman Siput Gondang?

    Status serangan Siput Gondang di kawasan Sungai Burong pada musim 1/2009 telah
    dikesan di dalam petak sawah blok A,F,H,L dan Q melibatkan keluasan 11 ha dengan
    tahap keterukan 5-10% pada peringkat pertumbuhan anak benih padi 2-3 minggu.
    Jumlah bilangan petani yang terlibat adalah 15 orang. Serangan juga dikesan berlaku
    pada musim 2/2009 melibatkan keluasan 15.8 ha di blok A,E,G,K,P,T,V dan Z dengan
    jumlah petani terlibat seramai 22 orang (Bancian sebanyak 10% keluasan bertanam
    padi).
    Keluasan Serangan (ha) Siput Gondang Poamacea mengikut musim adalah seperti
    berikut;

    Kawasan/Musim M01/07 M02/07 M01/08 M02/08 M01/09 M02/09
    Sungai Burong 39.00 10.00 40.00 7.00 11.00 15.82

  3. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu petani-petani berkenaan?

    Jabatan Pertanian telah menjalankan kempen dan khidmat nasihat kepada para petani
    melalui surat edaran, risalah, pamplet dan pameran diagnostik bergerak tentang
    ancaman serangan Siput Gondang dari masa ke semasa serta aktiviti –aktiviti kawalan
    secara bersepadu iaitu;-
    1) Menjalankan pemantauan telur-telur serta siput di dalam sawah petani dengan
    memasang perangkap tiang-tiang pancang untuk siput bertelur di dalam sawah.
    2) Menjalankan program gotong-royong mengutip dan memusnahkan telur-telur serta
    siput-siput yang ditemui.
    3) Mengadakan petak demonstrasi kawalan Siput Gondang di kawasan yang terlibat
    dengan kerjasama petani dan syarikat pembekal racun.
    4) Membekalkan racun moluska seperti racun Mostok dan Baylucide kepada individu
    petani yang terlibat.
    5) Pemasangan perangkap jaring (5 mm mesh) pada saluran air masuk dan keluar.
    6) Menjalankan pembajakan halus 2 kali sedalam 4 in atau lebih bagi membunuh siput
    gondang.
    7) Membuat parit ladang di sekeliling petak sawah bagi mengehadkan pergerakan siput
    di dalam parit ladang.
    Beberapa pendekatan tambahan kawalan bersepadu juga disyorkan kepada petani
    dalam kawalan serangan Siput Gondang iaitu;-
    1) Membela Itik Jawa (20-30 ekor sehektar) dan ikan di dalam sawah. Itik dilepaskan
    selepas musim penuaian dan peringkat padi 45 hari selepas menanam atau
    mengubah bagi memakan anak-anak siput.
    2) Meletakkan umpan seperti kulit nangka, daun ubi kayu, buah sukun atau kangkung
    untuk siput makan bagi memudahkan pengutipan siput.
    3) Pastikan jentera sawah dicuci bersih apabila keluar daripada sawah yang ada Siput
    Gondang.
    Semua langkah-langkah kawalan bersepadu tersebut dapat mengurangkan status
    populasi Siput Gondang dalam petak sawah dan mengelak kerosakan pada tanaman
    padi serta mengurangkan kerugian hasil pendapatan padi petani.

Lampiran

Tiada Lampiran.