Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
119) PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program khusus Kerajaan Negeri untuk menambah baik usahawan-usahawan muda dan baru Selangor
Kerajaan Negeri menawarkan kursus dan latihan kepada mereka yang berminat untuk
menceburi bidang keusahawanan. Di samping itu juga Kerajaan Negeri menganjurkan
secara bersama program-program keusahawanan dengan Badan-Badan Bukan
Kerajaan (NGO) bagi memupuk minat di dalam bidang keusahawanan. Kerajaan Negeri
tidak mempunyai peruntukan yang besar dalam program memupuk minat
keusahawanan berikutan peruntukan sedia ada terhad kepada mereka yang telah
memulakan perniagaan. -
Apakah bentuk bantuan yang disalurkan kepada mereka dan bagaimana proses pemantauan keberkesanan bantuan yang disalurkan
Kerajaan Negeri telah menyediakan Dana Industri Kecil bagi menambahkan
pengeluaran dan meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan. Di samping itu juga
Kerajaan Negeri turut mempromosikan produk-produk IKS yang telah dikenal pasti
berpotensi melalui Program Satu Daerah Satu Produk dan menaja penglibatan
usahawan yang layak menyertai program-program promosi yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan ataupun swasta. Penerima dana akan dipantau setahun selepas bantuan
diberikan dan berdasarkan pemantauan yang dibuat hampir 80 peratus dari penerima
dana menunjukkan peningkatan pendapatan.