Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
117) MIDA SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh MIDA Selangor mengikut PBT daripada tahun 2007-2009?
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) hanya mula menyalurkan
peruntukan bagi Program Menaik taraf Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia
Ada bermula pada tahun 2008 yang sebelum ini peruntukan tersebut disalurkan melalui
Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Jumlah peruntukan yang
disalurkan oleh MIDA mengikut PBT di Negeri Selangor pada tahun 2008 adalah seperti
berikut :
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH
PERUNTUKAN
(RM)
1. Majlis Perbandaran Klang RM 1,240,175.98
JUMLAH PERUNTUKAN 2008 RM 1,240,175.98
Manakala jumlah peruntukan yang disalurkan oleh MIDA mengikut PBT di Negeri
Selangor pada tahun 2009 adalah seperti berikut :
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH
PERUNTUKAN (RM)
1. Majlis Bandaraya Shah Alam RM 3,837,533.00
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya RM 3,428,666.50
3. Majlis Perbandaran Klang RM 2,299,990.00
4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya RM 3, 673,121.20
5. Majlis Perbandaran Subang Jaya RM 3,107,000.00
6. Majlis Perbandaran Kajang RM 3,180,554.00
7. Majlis Perbandaran Selayang RM 1,812,635.32
8. Majlis Perbandaran Sepang RM 2,674,400.00
9. Majlis Daerah Kuala Langat RM 2,204,834.00
10. Majlis Daerah Hulu Selangor RM 985,390.00
11. Majlis Daerah Kuala Selangor RM 1,046,700.00
12. Majlis Daerah Sabak Bernam RM 280,000.00
JUMLAH PERUNTUKAN 2009 RM 28,530.824.02 -
Apakah syarat-syarat bagi sesuatu kawasan industri untuk mendapatkan peruntukan daripada MIDA Selangor?
Syarat-syarat bagi sesuatu kawasan industri mendapatkan peruntukan daripada MIDA
adalah seperti berikut :
1) Kawasan perindustrian yang dinaiktarafkan adalah kawasan sedia ada yang
diusahakan oleh Kerajaan Negeri dan terletak di lokasi yang strategik dan utama
(prime location) supaya dapat meningkatkan daya saing untuk menarik pelabur dan
pengusaha.
2) Peruntukan one-off ini dikhususkan untuk menaik taraf infrastruktur asas (yang
berada dalam keadaan uzur dan daif) dalam kawasan perindustrian dan Taman
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sedia ada di seluruh negara yang memerlukan
pembaikan. Peruntukan tersebut hendaklah berpatutan dan memenuhi perbelanjaan
yang benar-benar diperlukan sahaja bagi komponen-komponen berikut :
• Membaiki jalan, jambatan, tempat letak kenderaan berpusat, perparitan dan
saliran;
• Menaik taraf kemudahan guna sama seperti premis perniagaan dan medan
selera yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan; dan
• Membaiki kemudahan lampu jalan dan papan tanda asas
3) Peruntukan ini tidak boleh melibatkan komponen-komponen berikut:
• Pembelian tanah / bayaran pampasan bagi pengambilan balik tanah;
• Pengembangan / perluasan kawasan industri;
• Pembayaran pampasan bagi penempatan semula setinggan;
• Pembinaan bangunan baru;
• Pembinaan infrastruktur baru seperti jalan masuk utama dan perparitan, sistem
retikulasi bekalan air dan bomba, klinik, rangkaian telekomunikasi dan tenaga
elektrik;
• Kerja-kerja landskap;
• Kerja-kerja infrastruktur sokongan utama seperti sub-station, pencawang elektrik
dan tangki air (reservoir); dan
• Belanja operasi. -
Apakah prosedur untuk mendapatkan peruntukan yang disalurkan oleh MIDA Selangor?
Bagi mendapatkan peruntukan bagi Program Menaik taraf Infrastruktur Asas Kawasan
Perindustrian Sedia Ada daripada MIDA, pihak PBT perlu mengenal pasti kawasankawasan perindustrian di bawah bidang kuasa mereka yang memenuhi syarat-syarat
permohonan yang telah ditetapkan oleh MIDA. PBT akan mengemukakan permohonan
tersebut kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi tujuan
penyelarasan.
Permohonan-permohonan daripada semua PBT akan di kumpul dan dipanjangkan oleh
UPEN kepada Ibu Pejabat MIDA bagi tujuan kelulusan. Sebelum sesuatu kelulusan
diberikan, pihak Ibu Pejabat MIDA, MIDA Selangor dan UPEN akan mengadakan
Lawatan Pre – Audit bersama PBT berkaitan bagi memeriksa setiap permohonan di
dalam memastikan permohonan di setiap kawasan perindustrian memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan sebelum kelulusan peruntukan diberikan.
Walau bagaimanapun bagi permohonan projek baru dan permohonan peruntukan bagi
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), semua permohonan tidak lagi melalui UPEN
Selangor sebaliknya akan diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri
Selangor (PPN).