Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
115) ZON / PRODUK PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengikut perancangan pembangunan pelancongan Selangor, apakah zon-zon pelancongan yang ada dan produk-produk yang ditawarkan?
Di bawah Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020, telah disenaraikan beberapa
cadangan bagi zon-zon pelancongan di seluruh negeri Selangor. Ini adalah sebagai
panduan dan langkah bagi memastikan pembangunan sektor pelancongan dirancang
dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin bertepatan dengan Strategi Pembangunan
Mampan dan Agenda 21 Kerajaan Negeri Selangor. Terdapat 6 zon utama yang
dicadangkan meliputi:-
1) Zon Pelancongan A ( Sabak Bernam & Kuala Selangor )
2) Zon Pelancongan B ( Hulu Selangor & Sebahagian Gombak )
3) Zon Pelancongan C ( Klang & Sebahagian Petaling )
4) Zon Pelancongan D ( Hulu Langat & Sebahagian Gombak )
5) Zon Pelancongan E ( Kuala Langat )
6) Zon Pelancongan F ( Sepang & Sebahagian Kuala Langat )
Setiap zon-zon pelancongan ini mengandungi beberapa tema bagi produk pelancongan
masing-masing iaitu:-
1) Alam Semulajadi
2) Agro
3) Warisan Sejarah
4) Desa & Warisan Budaya
5) Pulau
6) Rekreasi
7) Dalam Bandar / Membeli Belah
8) Diraja & Warisan Sejarah
9) Maritim
10) Pantai
11) Sukan
12) Tema
13) Persidangan & Pameran
Antara produk-produk yang ditawarkan ialah seperti:-
1) Homestay
2) Kelip-Kelip
3) Taman Alam
4) Bukit Melawati
5) Pusat Rekreasi Bagan Nakhoda Omar
6) Taman Rimba Templer
7) Zoo Negara
8) Batu Caves
9) Muzium Orang Asli
10) Gedung Raja Abdullah
11) Makam DiRaja
12) Galeri DiRaja Klang
13) Little India Klang
14) Wetworld Waterpark
15) Taman Tema Sunway Lagon
16) Pantai Morib
17) Istana Bandar
18) Wetland
19) Litar F1 Sepang
20) Hutan Rekreasi Sungai Chongkak
21) Hutan Rekreasi Sungai Tekala
22) Mines Wonderland
23) Kota Raja Mahadi
24) Tugu Keris
25) KLIA
26) Kawasan Rekreasi Gunung Nuang -
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk terus mempromosikan produk pelancongan sedia ada dan membangunkan produk pelancongan baru?
Perancangan untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di negeri Selangor
sentiasa dibuat setiap tahun. Mulai tahun 2009, semua urusan berkaitan promosi akan
dilaksanakan oleh Tourism Selangor Sdn Bhd melalui penyelarasan dan pemantauan
bersama oleh Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri. Perancangan
promosi ini akan mengambil kira pasaran dan potensi semasa yang boleh diterokai
dalam menjadikan negeri Selangor sebagai hub-pelancongan terpenting di negara ini.
Antara program-program promosi yang telah dan akan dilaksanakan ialah seperti
berikut:-Bil Promosi
1 NATAS 2008 di Singapura
2 Arabian Travel Mart di Dubai, Arab Saudi
3 Discover World 2008 Exhibition di Bangkok, Thailand
4 Fascinating Travel Malaysia di Singapura
5 China International Travel Mart di Shanghai, China
6 Menyertai promosi pelancongan kesihatan dan pendidikan di Medan, Indonesia
( anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor )
7 MASUM di Dewan Belia Seksyen 7, Shah Alam
8 ZOOM Malaysia Travel Fair
9 International Tourism Borse ( ITB ) di Berlin, German
10 Promosi MATTA di PWTC, Kuala Lumpur
11 Fascinating Malaysia Travel Fair di Sun Tec City, Singapura
12 Kempen promosi Qurban dan Akikah di Tanjung Pagar, Singapura
13 Promosi bersama Kereta api Tanah Melayu ( KTM ) di stesen KTM
14 Corporate Bazaar
15 Asian Tourism Forum di Brunei
16 Patta Macau
17 Indian International Mart
18 World Travel Mart di LondonSelain daripada menyertai pameran Tourism Selangor juga mempromosi melalui
• Majalah Gaya Travel, Selangor 102˚e dan Libur
• Risalah Breakway, Homestay & Golf
• Laman Sesawang
• Mengadakan Fam Trip
Bagi pembangunan produk pelancongan baru, usaha-usaha berkenaan sentiasa dibuat.
Ini bertujuan untuk mengeksploitasi produk-produk baru yang mampu menjadi alternatif
dan lebih pilihan terutama kepada pelancong dan pengunjung. Ini melibatkan programprogram promosi, penganjuran acara dan menaik taraf serta menyelenggara produkproduk berkenaan. Untuk tujuan tersebut beberapa produk / program / acara
pelancongan baru telah dikenal pasti antaranya ialah:-
1) Pelancongan Kesihatan ( Health Tourism )
2) Pelancongan Pendidikan ( Education Tourism )
3) Subang Skypark
4) White Water Rafting, Kuala Kubu Bharu
5) Homestay – memperkasa homestay-homestay baru
6) Selangor Musical Extravaganza
7) FAM-Trip
8) Paragliding – Jugra
9) Pesta Menuai & Larian Bendang – Sabak Bernam
10) Heritage Walk – Klang
11) Taman Warisan Selangor
12) Little India – Klang
13) Kolam Air Panas Hulu Tamu
14) Galeri DiRaja – Klang