Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
97) MESRA USIA EMAS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Program kebajikan Skim Mesra Usia Emas (MUE) ternyata mendapat sambutan. Bilakah fasa kedua MUE akan dilaksanakan?
Kertas cadangan untuk Fasa Kedua Skim Mesra Usia Emas telah pun disiapkan dan
akan dibentangkan bagi mendapat persetujuan dan kelulusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan pada awal tahun 2010. -
Apakah kelebihan dan manfaat Fasa II MUE kepada warga emas di Selangor?
Kad keahlian pelbagai guna akan diberikan kepada semua warga emas dan OKU
yang berdaftar bagi memudahkan penyaluran manafaat kepada hanya mereka yang
layak dan pemantauan dapat dilakukan dengan berkesan.
Dalam Fasa Kedua ini antara cadangan lain yang akan ditawarkan adalah:
1) Manafaat kesihatan.
2) Pemakanan
3) Diskaun tertentu.
4) Kad keahlian
Walau bagaimanapun, perlaksanaannya bergantung kepada kelulusan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri setelah dibentangkan nanti.