Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
48) AGENDA MERAKYATKAN EKONOMI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan, prestasi dan bajet yang diperuntukkan untuk program-program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor berikut : i) Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ii) Hadiah Anak Masuk Universiti iii) Caruman Takaful & Perubatan Percuma kepada Warga Emas iv) Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
i) Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
PERKEMBANGAN
Sehingga 5 November 2009, jumlah pendaftaran yang diterima adalah sebanyak 15,696
permohonan di aman sebanyak 12,963 adalah permohonan yang layak, 685 gagal dan
1,009 bagi permohonan yang layak tetapi tidak mempunyai dokumen yang lengkap.
Berikut merupakan status jumlah permohonan TAWAS sehingga 5 November 2009:
Jumlah pendaftaran diterima: 15656Jumlah yang belum disemak:
Permohonan di kaunter 237
Permohonan ‘online’ (menunggu dokumen) 762 999
Jumlah yang telah disemak:
Permohonan yang layak 12963
Permohonan yang layak tetapi tidak lengkap dokumen 1009
Permohonan tidak layak 685 14657
Jumlah Keseluruhan 15656 15656
PRESTASI
Pada awalnya, TAWAS bermula dengan agak perlahan. Namun begitu, akhir-akhir ini
jumlah pendaftaran secara bulanan adalah konsisten dan menggalakkan di mana jumlah
permohonan yang diterima adalah di antara 700 hingga 1,000 permohonan sebulan.
BAJET
Keseluruhan jumlah peruntukan termasuk kos operasi adalah sebanyak RM 13.5 juta di
mana peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk program TAWAS
adalah sebanyak RM 8.5 juta berdasarkan kepada laporan statistik kelahiran tahunan
iaitu sebanyak 85,000 kelahiran setahun. Manakala bakinya yang berjumlah RM 5 juta
adalah diperuntukkan untuk kos operasi.
ii) Hadiah Anak Masuk Universiti
Program Hadiah Pengajian IPT (Hadiah Anak Masuk Universiti) telah mula dilaksanakan
berkuat kuasa pada 1 Julai 2008. Melalui program ini, pelajar yang berjaya melanjutkan
pengajian ke IPT akan diberi insentif berjumlah RM1,000 berdasarkan syarat-syarat
yang telah ditetapkan seperti berikut:
(i) Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja;
(ii) Pemohon juga merupakan Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi
kriteria seperti berikut:
(a) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(b) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(c) Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;
(iii) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester
Pertama) mulai Julai 2008 sahaja;
(iv) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh
masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi
pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma sahaja;
(v) Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian;
dan
(vi) Pemohon daripada keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah.
Setakat 26 Oktober 2009, sebanyak 11,560 permohonan telah diterima daripada
pelajar untuk mendapatkan insentif berjumlah RM1,000 berkenaan. Daripada jumlah
tersebut, hanya 8,156 pemohon (70.55%) sahaja yang didapati layak untuk
dipertimbangkan bagi menerima insentif tersebut, manakala 3,404 (29.45%)
permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat sepertimana yang telah ditetapkan
seperti di atas.
Semenjak berkuat kuasa pelaksanaan program tersebut, Kerajaan Negeri telah
membelanjakan kos berjumlah RM8.15 juta bagi membiayai program ini. Taburan
penerima dan pembayaran mengikut IPT adalah seperti berikut:
Bil. Jenis IPT Jumlah Penerima Kos Perbelanjaan
1. IPT Awam 4,773 RM4,773,000.00
2. IPT Swasta 3,296 RM3,296,000.00
3. IPT Luar Negara 87 RM87,000.00
JUMLAH KESELURUHAN 8,156 RM8,156,000.00
iii) Caruman Takaful & Perubatan Percuma kepada Warga Emas.
Skim Mesra Usia Emas yang sering disalah rujuk sebagai Caruman Takaful dan
Perubatan Percuma adalah satu skim khairat kematian untuk seluruh warga emas dan
orang kurang upaya (OKU) di Negeri Selangor yang layak dan berdaftar.
Sehingga Oktober 2009, keseluruhannya seramai 114,699 orang Warga Emas telah
berjaya didaftarkan ke dalam sistem Skim Mesra Usia Emas.
Dalam Fasa Kedua yang akan dilaksanakan pada 2010, antara lain manafaat yang akan
ditawarkan adalah berupa manafaat kesihatan tertentu, pemakanan dan diskaundiskaun tertentu yang telah dirancang. Kad keahlian juga akan turut diedarkan kepada
semua ahli bagi memudahkan penyaluran manafaat kepada hanya mereka yang layak
dan pemantauan dapat dilakukan dengan berkesan.
Walau bagaimanapun, perlaksanaan Fasa Kedua bergantung kepada keputusan dan
kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kertas cadangan telah pun disiapkan dan
akan dibentangkan bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan tersebut.
Bajet yang diperuntukkan adalah sebagaimana kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri iaitu sejumlah RM20.7 juta setahun bagi tahun 2009 dan 2010.
iv) Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
PERKEMBANGAN
1. Program PROJEK KEMPEN KESEDARAN O.S.C.C NEGERI SELANGOR
PERINGKAT DUN : SEMINAR KATAKAN TIDAK KEPADA KEGANASAN
RUMAHTANGGA, PERUNDANGAN WANITA, KELUARGA & KANAK-KANAK &
OSCC ini telah mendapat komitmen yang baik daripada semua pihak terutama dari
ADUN, badan bukan kerajaan (NGO),media massa dan orang ramai. NGO yang
dilantik bekerjasama dengan ADUN dan mendapat kerjasama yang baik daripada
tiga (3) agensi pelaksana yang terlibat dengan OSCC di hospital. Agensi pelaksana
tersebut terdiri daripada pegawai perubatan (doktor) daripada Jabatan Kecemasan
Hospital, pegawai kebajikan masyarakat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan pegawai polis daripada Ibu pejabat Polis. Mereka dijemput menjadi ahli panel
dalam satu sesi forum di dalam program seminar yang dianjurkan, untuk berkongsi
maklumat, peranan dan pengalaman masing-masing dalam menangani kes-kes
OSCC. Lebih penting dan utama, sesi ini memberitahu langkah-langkah yang mesti
diambil jika perkara-perkara yang berkaitan berlaku.
2. Program ini mensasarkan kumpulan pimpinan komuniti (community leader) seperti
ketua kampung, Ahli Majlis, MPP, pihak tadika/PIBG & JK penduduk di setiap DUN,
memandangkan golongan ini banyak berinteraksi dan berdampingan dengan rakyat
secara langsung.
3. Selain daripada program tersebut, kempen ke tempat-tempat awam juga dilakukan
bagi meningkatkan kesedaran keganasan ini dengan kaedah pengedaran seminar
KIT tersebut kepada orang ramai. Pengedaran tersebut telah dilakukan semasa
Karnival Selangor Ria berlangsung.
PRESTASI
1. Sehingga kini sebanyak 37 buah DUN, iaitu 64.28% telah melaksanakan program
seminar OSCC di DUN masing-masing.
2. Purata kehadiran peserta adalah 88.47% di setiap DUN.
3. Melalui maklum balas awal yang diterima, sebanyak lebih daripada 90& dari pada
peserta tidak pernah dengar atau tidak pernah tahu mengenai kewujudan OSCC
sebelum ini, apatah lagi mengenai peranan dan khidmat yang boleh didapati, walau
pun ianya telah dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 1996 lagi.
4. Daripada borang soal-selidik yang dikeluarkan di akhir program, menunjukkan
peningkatan daripada segi pengetahuan dan pemahaman mengenai OSCC serta
tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku isu-isu yang berkaitan dengan OSCC.
5. Banyak permintaan daripada pihak DUN yang inginkan program seminar ini dibuat di
peringkat taman-taman dan kampung-kampung.
BIL. DUN YANG MASIH BELUM MELAKSANANKAN
1 SRI SERDANG
2 SRI KEMBANGAN
3 HULU BERNAM
4 SUNGAI PINANG
5 SUNGAI PANJANG
6 SUBANG JAYA
7 KINRARA
8 BUKIT GASING
9 JERAM
10 KOTA ANGGERIK
11 SRI ANDALAS
12 PANDAMARAN
13 PELABUHAN KLANG
14 KOTA ALAM SHAH
15 SUNGAI PELEK
16 KUANG
17 SEMENTA
18 BUKIT LANJAN
19 SUNGAI BURONG
20 PAYA JARAS
6. Jadual di atas menunjukkan 20 buah DUN yang masih belum melaksanakan
program seminar OSCC. DUN-DUN ini akan melaksanakannya pada bulan
November dan Disember 2009 ini.
BAJET
1. Sebanyak RM280,000 telah diperuntukkan untuk menjalankan program seminar ini
di 56 buah DUN di seluruh Negeri Selangor.
2. Peruntukan tersebut adalah untuk makanan, tempat, peralatan, pengangkutan, sagu
hati & cenderahati penceramah dan elaun sukarelawan.
3. NGO ini juga dibekalkan dengan seminar kit peserta yang terdiri daripada bag yang
diisi dengan modul seminar, kad kalendar, pamplet, badge button, VCD OSCC,
sticker kereta dan pen.
4. Manakala untuk NGO dan Pusat Khidmat Dun yang menggerakkan program OSCC
turut dibekalkan dengan bahan kempen seperti poster, kain rentang dan bunting.