Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
121) TAPAK PENJAJA DAN KAEDAH KUTIPAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah garis panduan tapak-tapak penjaja dan pasar malam serta kaedah kutipan yang dibenarkan serta pecahan yuran yang dikenakan terhadap penjaja
Garis panduan tapak penjaja adalah berdasarkan Undang-undang Kecil Penjaja 2007 dan kadar yang ditetapkan adalah ditentukan oleh PBT. Terdapat dua urus setia bagi sesuatu tapak pasar di PBT iaitu tapak yang diurus oleh majlis sendiri dan tapak yang diurus oleh Persatuan / JKKK. Kadar yang boleh dikenakan kepada peniaga adalah yuran kutipan sampah sahaja. Bagi bayaran lesen dan tapak adalah di bawah kuasa
Majlis.
-
Sila nyatakan tapak-tapak di Petaling Jaya yang masih dikendalikan oleh persatuan / individu dan mengutip bayaran daripada penjaja
- Berikut adalah tapak-tapak yang dikendalikan oleh individu /persatuan dan mengutip bayaran daripada penjaja:
BIL. LOKASI PASAR JUMLAH PENIAGA 1. Taman Sri Subang PJS 10/2 124 2. PJU 10/1 Damansara Damai 144 3. Medan 8 & 9 (Sabtu) 175 4. PJS 6 142 5. Medan 8 & 9 (Rabu) 176 6. Jalan 5 Kayu Ara 136 7. Taman Sri Subang PJS 10/32 166 8. Pelangi Damansara 66 9. PJS 6 104 10. Kayu Ara 59 JUMLAH 1,292 JAWAPAN DARIPADA MBPJ
- a) Garis panduan tapak penjaja adalah berdasarkan Undang-undang Kecil Penjaja (MBPJ) 2007. Fi lesen pasar malam yang dikenakan ketika ini adalah RM 3 satu petak X 52 minggu = RM 156 setahun
- b)
LOKASI PASAR MALAM TIDAK BERLESEN YANG TELAH DIBANCI
BIL LOKASI PASAR MALAM
HARI TARIKH BANCIAN JUMLAH PENIAGA YANG DIBANCI
1. TAMAN SRI SUBANG PJS 10/2
RABU 29.04.09 124 2. PJU10/1, DAMANSARA DAMAI JUMAAT 01.05.09 110 (penjaja pasar malam) 34 (guna tapak bazar Ramadhan)
3. MEDAN 8 &9 (SABTU) SABTU 02.05.09 175 4. PJS 6 ISNIN 04.05.09 142 5. MEDAN 8 &9 (RABU) RABU 06.05.09 176 6. JALAN 5 KAYU ARA KHAMIS 07.05.09 136 7. TAMAN SRI SUBANG PJS 10/32 AHAD 10.05.09 166 8. PELANGI DAMANSARA RABU 13.05.09 66 LOKASI PASAR PAGI TIDAK BERLESEN YANG TELAH DIBANCI
BIL LOKASI PASAR PAGI HARI TARIKH BANCIAN JUMLAH PENIAGA YANG DIBANCI
1. PJS 6 (Pasar Pagi)
AHAD 03.05.09 104 2. KAYU ARA (Pasar Pagi)
AHAD 17.05.09 59