Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
102) PROJEK PENGHUTANAN SEMULA BUKIT TAREK DAN RANTAU PANJANG DI BAWAH PKPS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jabatan Hutan Negeri Selangor telah menanam pokok acacia mangium di kawasan seluas 10,000 hektar di Bukit Tarek dan Rantau Panjang. Apabila projek ini bermasalah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS) telah diberikan pajakan tanah tersebut selama 50 tahun. Siapakah Pengerusi dan Jemaah Ahli-ahli PKPS ketika PKPS diberikan pajakan ini?
- PKPS telah menandatangani Perjanjian Pajakan & Konsesi dengan Kerajaan Negeri
Selangor pada 22 Februari 2001 bagi tempoh 60 tahun. Senarai nama Pengerusi dan Jemaah Ahli-ahli PKPS pada masa itu adalah seperti berikut:-
- YAB Dato’ Dr. Mohamad Khir b. Toyo – Pengerusi ii. YB Dato’ Hj Ambrin b. Buang – Ahli iii. YB Dato’ Mohd. Adzib b. Mohd Isa – Ahli iv. YB Dato’ Mohamed Idris b. Hj Abu Bakar – Ahli v. YB Tuan Hoh Hee Lee – Ahli vi. YBhg Dato’ Hj Zulkifli b. Dato’ Shariff – Ahli vii. YBhg Tuan Hj Mohd Salleh b. Haron – Ahli viii. YBhg Tuan Dr. Hashim b. Hassan – Ahli ix. YBhg Encik Zolkepli b. Hj Ahmad – Ahli x. YBhg Puan Hjh Safiah bt Basrah – Ahli xi. YBhg Encik Jaya Kusuma b. Hj Rusman – Ahli xii. YBhg Tuan Hj Yusop b. Yunus – Ahli
-
Apakah nama syarikat-syarikat serta nama Ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat persendirian yang mendapat pajakan selama 50 tahun daripada PKPS untuk penanaman semula kayu balak getah dan sentang?
- Senarai nama syarikat-syarikat persendirian yang mendapat pajakan selama 50 tahun daripada PKPS adalah seperti berikut:-
- Schrader Forest Management Sdn. Bhd. ii) In N Out Plantation Management Sdn. Bhd. iii) Megaforest Nursery Sdn. Bhd.
- Eco Murni Sdn. Bhd.
- Tropical Position Sdn. Bhd.
- Mewah Ikhtiar Sdn. Bhd.
Senarai nama ahli-ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat di atas adalah seperti berikut:- A. Schrader Forest Management Sdn. Bhd.
i. Hans Peter Hartmann ii. Kamarulzaman Bin Sidin iii. Dato’ Lau Eng Guang iv. Amnah Binti Ibrahim v. Lum Sow Wai – Setiausaha B. In N Out Plantation Management Sdn. Bhd. i. Chee Chik Eng ii. Ng Ah Chai iii. Yap Tian Tion iv. Gan Boon Tian v. Gan Seow Ling
vi. Chee Chik Keng – Alt Director vii. Kuan Kian Seng – Alt Director C. Megaforest Nursery Sdn. Bhd. i. Y. Bhg. Dato’ Abdullah Bin Omar ii. Y. Bhg. Datin Norizan Binti Hussein
iii. Encik Jasmin Bin Abdullah iv. Encik Suhaimi Bin Mohd Ghazali D. Eco Murni Sdn. Bhd. i. Ng Poh Kok ii. Lim Beng Yau iii. Yong Kim Thai iv. Yap Yoke Imm – Setiausaha v. Chia Lee Sen – Setiausaha E. Tropical Position Sdn. Bhd. i. Noradzman Bin Mat Idris ii. Ong Chui Peng iii. Chong Boon Weng iv. Dr. Roslan Bin Ismail
v. Kew Foong Tho – Setiausaha - Mewah Ikhtiar Sdn. Bhd.
- Lee Kai Sim
- Lim Keow Lam
- Ng Sin Hong – Setiausaha
- Kua Swee Tieng – Setiausaha
- Senarai nama syarikat-syarikat persendirian yang mendapat pajakan selama 50 tahun daripada PKPS adalah seperti berikut:-
-
Berapa banyakkah peluang keuntungan yang hilang daripada PKPS kesan daripada pajakan 50 tahun kepada syarikat-syarikat persendirian ini?
Jika kawasan ini tidak dipajakkan kepada syarikat persendirian berkenaan selama 50 tahun, PKPS berkemungkinan mendapat kesemua pendapatan jualan getah balak dan sentang setelah ditolak perbelanjaan yang terlibat seperti perbelanjaan pembangunan, penyelenggaraan, cukai, royalti, pentadbiran dan lain-lain dan tidak mendapat pendapatan daripada bayaran pajakan.