Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
97) DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan dewan orang ramai yang belum diserahkan balik kepada PBT atau ahli majlis dalam kawasan pentadbiran MPS.
Senarai dewan-orang ramai yang belum diserahkan balik kepada PBT atau Ahli Majlis dalam kawasan pentadbiran MPS adalah seperti berikut :-
- Dewan Pemuda MCA Pekan Rawang, Jln NGP 1/6 New Green Park Rawang
- Dewan MCA, Bukit Rawang Jaya
- Dewan MCA, Taman Sri Rawang
- Dewan MCA, Jln 16, Taman Sri Melati
- Dewan MCA, Taman Selayang Baru
- Bangunan RELA, Batu 8, Gombak Utara
- Dewan MCA, Indah Perdana
- Dewan UMNO Jalan 4 Kg. Sri Indah A
- Balai Raya UMNO, Jln Nakhoda Kiri (2A)
- Dewan Templer Bestari
- Dewan Persiaran Templer
-
Apakah punca utama yang menyebabkan kelewatan dalam penyerahan balik dewandewan yang disenaraikan?
Punca utama yang menyebabkan kelewatan dalam penyerahan balik dewan-dewan yang disenaraikan.
- Majlis perlu mendapat ulasan/pandangan daripada Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dan Jabatan Perancang Bandar MPS dari segi status tanah bangunan dewan didirikan.
- Majlis perlu mendapat ulasan teknikal dalaman MPS sama ada dewan-dewan tersebut masih mempunyai permit bangunan sementara.
- Terdapat rayuan daripada pemilik bangunan memaklumkan bangunan didirikan untuk kegunaan masyarakat setempat, pembinaan bangunan menggunakan sumbangan daripada orang ramai, tapak mendirikan dewan pada asalnya mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah dan juga bangunan merupakan bekas pejabat pemaju.
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan dewan-dewan tersebut diserahkan balik dalam masa terdekat ini?
Tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan dewan-dewan tersebut diserahkan balik dalam masa terdekat ini adalah dengan membuka dan menukar kuncikunci dewan yang terlibat dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Penduduk (JKP) untuk diuruskan.