Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

91) PELAJAR-PELAJAR BUKAN MELAYU DI BAWAH TAJAAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Misi Yayasan Selangor adalah ÒMembangunkan generasi Negeri Selangor menjadi insan yang cemerlang dan berketerampilan melalui pendidikan yang berkualitiÓ. Berapakah bilangan dan berapakah peratusan pelajar-pelajar bukan Melayu sejak mula pengambilan hingga sekarang

    Yayasan Selangor memperuntukkan 10% dari pengambilan setiap tahun untuk kaum Cina dan India. Sehingga sekarang bilangan pengambilan pelajar adalah 15,000 orang dan bilangan pelajar bukan Melayu yang tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor adalah seramai 90 orang, iaitu 0.6 %.

  2. Apakah program-program dan langkah-langkah untuk menambah pengambilan pelajarpelajar bukan Melayu?

    Pihak Yayasan Selangor ada menyiarkan berita pengambilan pelajar di akhbar tempatan, siaran radio tempatan dan makluman di laman web Yayasan Selangor. Borang-borang permohonan boleh didapati di pejabat-pejabat asrama Yayasan Selangor, Kem Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, bangunan-bangunan Yayasan Selangor dan dari ibu pejabat Yayasan Selangor.

    Pihak Yayasan Selangor juga ada mengedarkan borang-borang permohonan kepada wakil-wakil rakyat bukan Melayu, Cina dan India untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar Cina dan India bagi mengisi kuota – kuota mereka.

     

  3. Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Yayasan Selangor setiap tahun dari tahun 2004 hingga 2008 dan berapa peratuskah daripada tanggungan ini diperuntukkan kepada pelajar-pelajar bukan Melayu?

    1. Yayasan Selangor memperuntukkan kuota bilangan pelajar bukan Melayu yang dibiayai oleh Yayasan Selangor dalam program – program pengambilan pelajar dan tidak memperuntukkan dari segi jumlah kewangannya.

    Perbelanjaan yang ditanggung Yayasan Selangor bagi Program Pengambilan Pelajar

    Asrama ini adalah seperti berikut:

    Tahun 2004                 –           RM 4.6 Juta

    Tahun 2005                 –           RM 7.5 Juta

    Tahun 2006                 –           RM 4.2 Juta

    Tahun 2007                 –           RM 4.3 Juta    Tahun 2008                 –           RM 5.3 Juta

Lampiran

Tiada Lampiran.