Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
89) PENTADBIRAN MASJID-MASJID
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pertukaran pentadbiran masjid-masjid diketuai nazir-nazir masjid di negeri Selangor berlaku mulai awal Jun 2009. Bertanya kepada Y.A.B DATO' Menteri Besar : a) Bagaimanakah kaedah pertukaran ini berlaku?
Pihak Nazir dan Jawatankuasa Masjid yang akan tamat perlu menyerahkan dokumen berkaitan kewangan, pentadbiran dan perkara yang berkaitan dengan urusan masjid kepada Jawatankuasa yang baru. Sekiranya Jawatankuasa yang lalu tidak dapat menyediakan dalam tempoh 31 Mei 2009, tempoh 14 hari diberi untuk penyerahan dokumen berkaitan. Laporan kepada Polis boleh dilakukan oleh Jawatankuasa yang baru sekiranya Jawatankuasa yang lalu tidak menyerahkan dalam tempoh tersebut.
-
Apakah peruntukan akta JAIS berhubung dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa masjid?
Pentadbiran masjid berpandukan kepada Kaedah-kaedah Pegawai dan Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Selangor (Pindaan ) (2001). Tempoh jawatan mereka selama 3 tahun yang akan bermula 01 Jun 2009 hingga 31 Mei 2012.
-
Mengapakah ada percubaan untuk mengambil tindakan mahkamah berhubung dengan pelantikan nazir ini contoh dari Puchong?
Pelantikan Nazir adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak berlaku tindakan mahkamah sebagaimana yang dilaporkan.