Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
75) PERJANJIAN PURPLE STAR DENGAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ) – ‘JOINT VENTURE’ ANTARA MBPJ DAN PURPLE STAR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pembangunan bercampur di Jalan Teknologi 3/7, Mukim Damansara, Seksyen 2 & 3 Kota Damansara, atas tanah kepunyaan MBPJ. Apakah susunan-susunan ekuiti antara dua pihak ini dan sama ada terdapat penglibatan pihak lain?
Dalam tempoh sepanjang perjanjian berkuat kuasa pihak syarikat tidak boleh menukar pemegang saham ekuiti tanpa mendapat kebenaran daripada MBPJ .
-
Adakah perjanjian tersebut adil dan bermanfaat untuk MBPJ, mengikut pengetahuan pejabat Datuk Bandar?
Sama seperti di SUB(a)
-
Bilakah projek ini dijangka memulakan pembinaan?
Berdasarkan perancangan, syarikat akan melancarkan projek pembinaan pada bulan Mac 2009. Walau bagaimanapun syarikat tersebut masih menunggu sehingga rumah contoh disiapkan terlebih dahulu sebelum membuat pelancaran projek. Pindaan pelan pembangunan telah diluluskan pada 22 April 2009.