Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
68) KAWASAN PERINDUSTRIAN YANG TELAH DIMAJUKAN OLEH PKNS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat sejumlah 7,402 ekar kawasan tanah di lapan daerah di Negeri Selangor termasuk 93 ekar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dimajukan oleh PKNS sebagai kawasan perindustrian. Berapakah hasil keuntungan PKNS dari keseluruhan projek pembangunan ini?
Hasil keuntungan PKNS dari keseluruhan projek pembangunan ini dianggarkan berjumlah RM247.0 juta.
-
Berapakah hasil yang diperoleh oleh setiap Pejabat Daerah yang terlibat daripada cukai tanah kawasan yang telah dibangunkan untuk perindustrian ini?
Tiada jawapan yang diterima dari PKNS
-
Apakah status dahulu dan kini tanah seluas 93 ekar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dimajukan oleh PKNS?
Tanah seluas 93 ekar yang dimaksudkan adalah tanah perindustrian di Setapak dan telah dijual sepenuhnya.