Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
58) MEMBENDUNG PERMASALAHAN GOLONGAN BELIA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Golongan belia yang tidak dapat meneruskan alam persekolahan banyak terlibat dengan masalah juvenil / sosial masyarakat. Apakah langkah strategik dan pendekatan holistik yang diambil untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat selain usaha kaunseling kepada individu serta ibu bapa terlibat yang dilakukan oleh pihak berwajib, jabatan agama atau NGO yang terlibat?
Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius dalam usaha menangani penglibatan belia dalam masalah juvenil. Memandangkan kebanyakan mereka yang terlibat adalah terdiri daripada golongan yang tidak dapat meneruskan alam persekolahan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Pembangunan Belia yang dilaksanakan oleh Yayasan Selangor dan juga Program Kemahiran Teknikal di INSPENS.
Selain daripada itu, dengan penubuhan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) peringkat Zon juga dapat membantu Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti belia-belia yang keciciran di kawasan zon tersebut. Dengan bantuan ini, ia dapat memudahkan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan belia ini seterusnya dapat membangunkan belia tersebut.
Dengan tertubuhnya PeBT, program-program belia di peringkat akar umbi akan disusun dan dilaksanakan oleh PeBT peringkat Zon. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program ‘ Youth In Community’ bagi menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan. Di samping itu, kerajaan negeri telah mengadakan beberapa program bersama pelajar IPT dan belia di kampung bagi membendung penglibatan belia dalam gejala sosial.
-
Bagaimana dan apakah program yang dirangka atau disusun oleh kerajaan bagi cuba merapati serta mendekatkan mereka dengan masyarakat berbilang kaum yang sihat?
Sama seperti di SUB(a)